Sikap Donald Trump dan keadaan politik di Amerika Syarikat sejak akhir akhir ini telah membuatkan ramai penyokong membatalkan tempahan tiket Piala Dunia 2026 mereka.
Menurut laporan Tikecknews, seramai sekitar 17,000 tempahan tiket telah dibatalkan dalam satu malam oleh penyokong tanda protes ke atas Trump dan AS.
#BoycottWorldCup#BoycottWorldCup2026
Dear World,
Please boycott the FIFA World Cup 2026 in the USA.
Thank you. pic.twitter.com/OckpA2Q12i
— Prof. Eliot Jacobson (@EliotJacobson) January 10, 2026
Beberapa minggu lalu, Trump dengan selamba mengarahkan tenteranya untuk menyerang Venezuela untuk menangkap presiden Maduro dan isterinya.
Trump turut memberikan amaran kepada beberapa negara jirannya yang lain agar jangan masuk campur, dan mendakwa bahawa AS berjiran dengan beberapa neara yang ‘sakit’ atau gila.
Peminat bola sepak kini mensasarkan Piala Dunia 2026 yang turut dianjurkan di AS untuk diboikot.
Tidak pasti dari mana punca gerakan besar besaran itu dimulakan oleh penyokong.
Namun di X, kempen #BoycottWorldCup semakin sohor di platform tersebut. Rakyat AS sendiri turut menyokong kempen ini.
World, Please Listen Up
I am an American Citizen & until the trump regime is gone here in the U.S.
Cancel your World Cup tickets
Cancel your Olympic Tickets
Cancel your travel plans hereDon't do business with companies here
Do whatever you have to do to protect yourselves
— WTFGOP (@doggintrump) January 7, 2026
Keadaan ini membuatkan FIFA akan mengadakan mesyuarat tergempar pada minggu hadapan untuk membincangkan perkara ini.
Europe must #BoycottWorldCup2026 because of Trump's threats to Greenland!
And without Europe you can't have a WORLD cup – you'll have a fake Trump cup. pic.twitter.com/sU7Qjs5bXU
— @chrononaut.bsky.social 🇧🇬 🇺🇦🥄 (@SomniNaut) January 11, 2026
FIFA sebelum ini mengamalkan sistem giliran kepada penyokong yang bertuah. Dan kini mereka kehilangan 17,000 tempahan tersebut.
FIFA sedia untuk menukar polisi yang boleh menghalang penyokong daripada membatalkan tempahan mereka, dan sedia mengenakan penalti yang tinggi jika mereka berbuat demikian.
Sebelum ini sudah ada penyokong yang memboikot tiket Piala Dunia 2026 yang dianggap terlalu mahal. Kini gerakan memboikot tiket Piala Dunia 2026 merebak kerana dasar politik dan ego AS dan Trump.