Senarai pendek empat sasaran perpindahan Manchester United untuk menggantikan bintang Brazil yang bakal meninggalkan kelab, Casemiro telah didedahkan.

Perkembangan terkini itu disahkan sumber laporan Goal yang dimana keempat-empat pemain tersebut dilabel sebagai pemain muda semakin menyinar.

Baca Juga:

Red Devils akan menamatkan kerjasama dengan bekas pemenang Liga Juara-Juara Eropah itu apabila kontraknya tamat pada musim panas nanti.

Casemiro menjadi pemain utama yang dibawa masuk Manchester United pada musim panas 2022 apabila menyertai kelab itu dengan yuran perpindahan bernilai  £60 juta dari gergasi La Liga, Real Madrid.

Adam Wharton
Kredit Foto: Darren Staples / AFP

Difahamkan, pilihan untuk menyambung kontrak Casemiro selama setahun telah ditolak, dengan United bersedia untuk mencari alternatif lain mengisi kekosongan tersebut.

Casemiro dikatakan menerima gaji £350,000 seminggu di Manchester. Sehubungan dengan itu, Manchester dapat menjimatkan pembayaran gaji tetapi yuran perpindahan bernilai tinggi lain tetap diperlukan untuk membawa masuk pengganti yang sesuai.

4 Pemain Dalam Radar Manchester United

Bintang Nottingham Forest, Elliot Anderson sedang dipantau rapat oleh Manchester United bersama pemain bintang Crystal Palace iaitu Adam Wharton.

Selain itu, nama rakan mereka dalam skuad kebangsaan England, Alex Scott dari Bournemouth turut dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford.

Ini 4 Pemain Dalam Radar Manchester United Sebagai Pengganti Casemiro
Nottingham Forest’s English midfielder #08 Elliot Anderson controls the ball during the English Premier League football match between Nottingham Forest and Arsenal at The City Ground in Nottingham, central England, on January 17, 2026. (Photo by JUSTIN TALLIS / AFP)

Mereka dianggap sebagai penambahan jangka panjang untuk Red Devils.

Carlos Baleba merupakan satu lagi pilihan yang sedang dinilai oleh United. Pemain tengah Brighton itu pernah menjadi sasaran pada musim panas 2025, tetapi tiada perjanjian tercapai.