Perlawanan keempat Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2025/26: Selangor lawan Cong An Ha Noi [28 Januari 2026, 9:00 malam]

Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung saingan elit bola sepak Asia Tenggara melibatkan kelab Malaysia iaitu Selangor di Kelana Jaya pada malam ini.

Perlawanan Keempat Selangor Di ACC Piala Shopee 2025/26

Selangor lawan Cong An Ha Noi
Sepak mula: 9:00 malam, 28 Januari 2026 (Rabu)
Tempat: Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya
Link Siaran Langsung: Astro Arena Bola (803) & Astro GO

Astro Arena merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang mendapat hak penyiaran pertandingan Piala Shopee 2025/26.

Sekiranya anda tidak berada di rumah dan mahu menyaksikannya di komputer riba mahupun telefon pintar, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton secara ‘Live Streaming’.

Selangor cemerlang meraih empat kemenangan berturut-turut sejak dibimbing bekas pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon bermula 5 Januari lalu.

Info Siaran Langsung Piala Shopee 2025/26 Selangor vs Cong An Ha Noi
Kredit Foto: Selangor FC

Momentum memberangsangkan itu mampu menjadi tonik tambahan buat Selangor untuk terus tampil garang bertemu wakil Vietnam itu.

Dalam saingan Piala Shopee 2025/26, Selangor sedang menghuni tangga kedua dengan meraih lima mata hasil satu kemenangan dan dua keputusan seri dicatatkan.

Seri 1-1 pada aksi pembukaan bertemu Buriram United, Selangor kemudiannya menewaskan Tampines Rovers 4-2 dan seterusnya seri 1-1 ketika berhadapan dengan Dynamic Herb Cebu.

Manakala Cong An Ha Noi pula berada di kedudukan keempat dengan mengumpul empat mata selepas mencatatkan satu kemenangan, satu keputusan seri dan satu kekalahan.