Berita perpindahan pemain warisan Finland-Malaysia, Nooa Laine ke Selangor FC (SFC) bukan sahaja menjadi bualan peminat bola sepak tempatan tetapi turut menarik perhatian media bola sepak terkemuka dunia, iaitu Copa90.

Copa90 yang berpengkalan di London telah berkongsi video pengenalan pemain tersebut di laman X  kerana tertarik dengan konsep rakaman daripada badan seorang pemain sendiri.

Baca Juga:

Perkongsian itu sehingga kini mendapat lebih 700 retweet dan 1000 likes.

“Video pengenalan pemain baharu Selangor FC memberikan kami rasa ‘vibes’ seorang pemain,” tulis Copa90.

Kehadiran Nooa Laine bakal memperkuatkan jentera tengah pasukan Gergasi Merah untuk Liga Malaysia musim 2024/2025 dan saingan ACL 2 2024.

Beliau merupakan pemain kelima yang diperkenalkan sebagai pemain baharu Selangor FC selepas tonggak pertahanan Uzbekistan, Umarbek Eshmurodov, penyerang Chile, Ronnie Fernández, pemain sayap, Alvin Fortes dan juga penjaga gawang muda, Azim Al Amin baru-baru ini.

Selangor FC telah lama menghubungi saya untuk menjelaskan peranan dan kepentingan khidmat saya buat pasukan. Sejak dari itu, saya juga telah banyak mendengar perkara-perkara positif berkenaan budaya dan hala tuju kelab dari rakan-rakan sepasukan skuad kebangsaan Malaysia.

“Antara kelebihan yang saya miliki adalah saya mampu mengimbangi perlawanan di bahagian tengah padang, saya juga boleh menjaringkan gol dari pelbagai sudut dan boleh bermain di pelbagai posisi untuk membantu pasukan musim ini.

“Bagi saya, bermain di bawah jagaan Tan Cheng Hoe bermaksud saya akan belajar banyak perkara untuk mengembangkan lagi bakat saya sebagai seorang pemain dan ia juga akan membantu pasukan di masa akan datang, kerana saya yakin dia merupakan seorang jurulatih yang hebat,” kata Nooa Laine dalam laman web rasmi SFC.