Selalunya kita tengok abang-abang bina badan tayang otot bicep yang ketul-ketul dekat gim, semua nampak hebat. Tapi baru-baru ini, tular sebuah video seorang lelaki sado yang bukan main yakin lagi mendakwa kekuatan luar biasanya mampu mengangkat buah kelapa sawit hanya dengan menggunakan jari kelingking sahaja.
Ya, anda tak salah dengar—bukan sebelah tangan, tapi cuma satu jari kecil itu sahaja.
Namun, langit tidak selalunya cerah. Niat hati nak tunjuk skill ‘superhuman’ depan kamera, akhirnya bertukar menjadi detik paling memalukan apabila berat sebenar tandan sawit itu ‘mengajar’ dia maksud realiti.
Kejadian ini terjadi di Indonesia yang mana pada mulanya seorang influencer bina badan yang dikenali sebagai Lazio Una telah memperkecilkan beban angkat kelapa sawit dan mendakwa boleh mengangkat guna jari kelingking sahaja.
@lazio_una lumayan buat beli protein ni #gymindonesia #sawit
Dakwanya kalau setakat 60kg hanya mainan sahaja kerana percaya mampu angkat lebih berat daripada itu di dalam latihan bina badan harian.
Kenyataan berani itu bagaimanapun mendapat perhatian pekerja di dalam bidang tersebut dan mengajak Lazio Una untuk merasai realiti sebenar kerja angkat kelapa sawit yang diremehkan itu.
Di dalam video yang tular, kelihatan pekerja langsung mengajak lelaki itu untuk mengangkat kelapa sawit dan membuktikan jika dakwaannya itu benar atau sembang kosong.
Sebelum itu, mereka telah membuktikan berat kelapa sawit itu memang 60kg di atas penimbang terlebih dahulu.
Setelah diajar teknik, Lazio Una langsung cuba mengangkat kelapa sawit itu namun tidak terdaya sekaligus gagal menyelesaikan tugasan sepenuhnya termasuk memasukkan ke dalam ruang belakang lori.
Walaupun cuba berulang kali, ia tetap mempamerkan kegagalan untuk mengangkat ia walaupun setakat paras di bahunya. Selain itu, usahkan guna jari kelingking, guna kedua-dua belah tangan pun masih gagal diangkat akan tandan kelapa sawit itu.
Tampak raut wajahnya hanya mampu senyum tersipu malu kerana tidak berhasil melakukan perkara yang dianggap senang selama ini.
@senosep lazio uno angkat sawit 60kg nih ya tanya versi angkatnya #laziounoangkatsawit60kg #versiangkatsawitlaziouno #laziounoangkatsawit
Pekerja di ladang kelapa sawit itu pun melihat situasi itu sebagai satu yang melucukan dan terbukti kerja angkat tandan kelapa sawit itu tidaklah semudah yang disangka walaupun beratnya lebih ringgan berbanding dumbel yang mampu mencecah 70 kg ke atas.
Nampak macam ringan berbanding dumbel, tapi masalahnya tandan sawit tiada pemegang (grip) yang stabil dan beratnya tidak seimbang.
Sebab itu, orang yang sado angkat dumbel di gim belum tentu boleh angkat sawit dengan mudah lebih-lebih lagi guna jari kelingking.