Pep Guardiola akui dia berterima kasih kepada Jose Mourinho kerana Benfica berjaya mengalahkan Real Madrid.
Keputusan itu membolehkan Man City meraih slot kelayakan automatik di pusingan 16 akhir, sementara Real Madrid akan beraksi di play off kalah mati.
Guardiola sebenarnya akui dia hairan kenapa penjaga gol Benfica, Trubin naik ke atas ketika pasukannya sedang mendahului 3-2.
Kemudian baru dia sedar bahawa Benfica berjuang untuk hidup dan mati mencari 1 gol lagi untuk mara ke play off memandangkan mereka ketika itu terikat jumlah perbezaan jaringan dengan Marseille.
Kenapa penjaga gol naik?
Guardiola ditanya sama ada dia akan menghantar mesej terima kasih kepada Jose Mourinho.
Pengurus itu berkata: “Ya sudah tentu.
“Kami semua di bilik persalinan [ketika aksi Benfica vs Real Madrid masih berlangsung]. Dan kami tak tahu yang Benfica perlukan 1 gol lagi untuk mara.
“Sebab itulah kami hairan, kenapa penjaga gol mereka naik? Patut kekal sahaja berkawal di gawang. Sebab kalau Madrid menyamakan kedudukan kami akan kehilangan tempat [8 teratas].
“Namun ianya strategi sangat bauk daripada Jose Mourinho bukan? Untuk mendapatkan gol keempat.”
Pep Guardiola asked if he will be sending Jose Mourinho a message of thanks after Benfica’s win over Real Madrid: “Yeah, of course.
We were all there [in the dressing room]; we didn’t know Benfica needed a goal to qualify – that’s why people said [about the goalkeeper]… ‘WHY… pic.twitter.com/epvhuE5fVK
— City Report (@cityreport_) January 28, 2026
Sebenarnya bukan Pep Guardiola sahaja tidak tahu yang Benfica perlukan 1 gol lagi. Mourinho sendiri mengakui dia hanya diberitahu staf kejurulatihannya bahawa mereka perlukan 1 gol lagi selepas dia membuat kesemua pertukaran.
Sebelum itu mereka memikirkan mereka sudah boleh cuba menututp perlawanan dengan keputusan 3-2.
Oleh kerana kesemua pertukaran sudah digunakan, maka Mourinho terpaksa mengarahkan penjaga golnya untuk naik ke atas.
UCL: Penjaga Gol Benfica Tanduk Gol Minit Akhir Ke Gawang Real Madrid Untuk Bantu Pasukannya Mara
Sebenarnya agak menarik kerana Pep Guardiola menyatakan dia akan menghantar mesej kepada Mourinho. Kerana ramai melihat perseteruan pahit antara mereka di tepi padang dalam karier.
Mourinho menyatakan bahawa: “Saya dan Guardiola adalah generasi yang berpegang kepada prinsip, apa yang berlaku atas padang, habis di atas padang.
“Ketika saya kehilangan ayah saya, Guardiola terus hubungi saya kerana dia tahu betapa pentingnya ayah saya untuk saya.
“Ketika ibunya meninggal dunia, saya melakukan perkara yang sama.”
🗣️ Jose Mourinho on Guardiola:
“I will never forget when my father died in 2017. I knew how important he was to me. He called me. When his mother died, I called him too.
There are things that people don't see, that we don't need to share.” pic.twitter.com/X4iyNAmQRC
— Football Talk (@FootballTalkHQ) January 26, 2026