Pemain tengah berpengaruh, Kevin De Bruyne yang kini bersama SS Napoli mendedahkan terdapat dua perbezaan antara Antonio Conte dan Pep Guardiola.

Selepas 10 musim bersama Guardiola, De Bruyne menyertai Napoli secara percuma pada jendela perpindahan musim panas ini untuk berada di bawah kendalian Conte.

Baca Juga:

Malah, De Bruyne juga sudah merasai pengalaman beraksi dalam tiga perlawanan persahabatan bersama pasukan baharunya itu.

Baru beberapa minggu bersama Napoli, De Bruyne sudah dapat melihat beberapa perbezaan utama antara jurulatih baharunya dan bekas pengendalinya di Etihad.

Ini Perbezaan Guardiola & Conte Dari Kacamata Kevin De Bruyne
Kredit Foto: SSC Napoli

Pendapat Kevin De Bruyne Tentang Guardiola & Conte

“Saya boleh katakan mereka mempunyai dua gaya permainan yang berbeza,” ujar Kevin De Bruyne menurut sumber laporan Goal.

“Pep mungkin lebih menumpukan kepada kawalan bola dan penguasaan permainan manakala Conte pula lebih tersusun dalam pendekatannya dan banyak memberi penekanan kepada aspek mentaliti.”

Itali
FILE PHOTO: Soccer Football – Premier League – West Ham United v Manchester City – London Stadium, London, Britain – August 31, 2024 Manchester City manager Pep Guardiola reacts REUTERS/Hannah Mckay/File Photo

“Pep lebih banyak bekerja berdasarkan ‘zonal area’. Ada beberapa perkara yang berbeza, tapi setiap jurulatih ada prinsip dan ciri tersendiri.”

De Bruyne bakal melakukan penampilan sulungnya dalam saingan Serie A tidak lama lagi dan berharap dapat membantu Napoli merangkul gelaran Scudetto.

Pemain tengah berpengalaman itu turut menyasarkan kempen UEFA Champions League (UCL) yang berjaya di bawah kendalian Antonio Conte.

Sumber