Dalam usaha meningkatkan lagi prestasi badminton negara di segenap aspek, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kini giat menyusun semula struktur barisan kejurulatihan kebangsaan.

Langkah ini dilihat penting bagi memastikan pembangunan pemain bukan sahaja lebih tersusun, malah selari dengan keperluan badminton moden yang semakin kompetitif.

Ia memberi penekanan kepada pembahagian peranan jurulatih yang lebih jelas, berfokus dan berhierarki. Struktur kejurulatihan kini tidak lagi tertumpu kepada seorang figura utama, sebaliknya dibina sebagai satu sistem sokongan menyeluruh.

Perubahan ini turut mengambil kira keperluan setiap disiplin, sama ada perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita mahupun beregu campuran.

Setiap unit kini mempunyai hala tuju tersendiri, namun tetap bergerak dalam kerangka besar pembangunan dan secara tidak langsung dalam usaha meningkatkan kemampuan skuad utama kebangsaan.

Dalam satu kenyataan rasmi dikeluarkan sebentar tadi, badan induk badminton negara itu mengumumkan kehadiran Harry Hartono sebagai rekrut baharu.

Pengendali dari Indonesia itu akan bersama-sama K. Yogendran untuk membimbing pemain perseorangan lelaki senior yang ketika ini terdiri daripada Ng Tze Yong, Leong Jun Hao dan Justin Hoh.

Bekas pemain kebangsaan, Yeoh Kay Bin pula ditugaskan untuk membimbing skuad remaja bagi menggantikan Datuk Tay Seu Bok yang dinaikkan pangkat sebagai ketua jurulatih perseorangan.

Manakala, khidmat Mohd Zakry bin Abdul Latif pula ditagih untuk membimbing sektor beregu wanita senior.

Berikut merupakan senarai lengkap struktur barisan kejurulatihan baharu BAM:

Struktur Barisan Kejurulatihan BAM

Perseorangan

Ini Senarai Lengkap Struktur Barisan Kejurulatihan BAM
Kredit Foto: BAM

Beregu

Ini Senarai Lengkap Struktur Barisan Kejurulatihan BAM
Kredit Foto: BAM
Sumber