Pemain perseorangan lelaki negara, Justin Hoh mengenepikan cabaran dua pemain lebih berpengalaman dari Korea Selatan untuk mara ke pusingan pertama Jepun Masters 2024.
Terpaksa beraksi di pusingan kelayakan jelas langsung tidak menjejaskan rentak pemain muda negara itu untuk beraksi cemerlang pada kedua-dua perlawanan tersebut.
Baca Juga:
- Saranan Mendiang Bapa Rintis Karier Gemilang Rexy Mainaky Takluk Dunia Badminton
- Ogos & September Yang Cemerlang Buat Badminton Negara
- Betul Ke Tak Sensitif? Hannah Yeoh Jelaskan Sebab ‘Fangirl’ Bintang Badminton Thailand
Justin beraksi dengan cukup baik untuk menewaskan Jeon Hyeok Jin dan Cho Geonyeop yang nyata lebih berpengalaman dimana Jeon berusia 29 tahun manakala Cho 28 tahun.
Perbezaan usia hanyalah angka buat Justin apabila beliau yang kini berada di ranking ke-50 dunia itu cukup yakin untuk menyerap tekanan dengan baik sepanjang perlawanan.
Ia jelas dibuktikan pada aksi pertama, Justin dengan tenang menyusun langkah dalam memerangkan Hyeok Jin hingga berjaya menang set pertama 21-15.
Momentum itu diteruskan pada set kedua yang menyaksikan Justin cukup agresif ketika menyerang sekali gus mengejutkan pemain di ranking ke-37 itu dengan kemenangan 21-15.
Skrip sama berulang pada perlawanan kedua ketika berdepan Cho Geonyeop apabila Justin Hoh mengekalkan intensiti permainannya dengan tampil agresif.
Usaha itu nyata membuahkan hasil selepas pemain berusia 20 tahun tersebut mencuri set pertama dengan kemenangan 21-15 tetapi sedikit kesilapan pada set kedua membolehkan Geonyeop menang 22-20 untuk aksi diheret ke set penentuan.
Set ketiga lebih menarik untuk disaksikan apabila Justin bangkit daripada ketinggalan 7-11 dan kemudiannya mengutip mata demi mata untuk mengesahkan kemaraan ke ‘laluan undian utama’ dengan kemenangan 21-
Menanti Justin di pusingan pertama esok ialah seniornya, Lee Zii Jia yang merupakan pemain pilihan kelima kejohanan.