Gandingan Nur Mohd Azriyn Ayub Azriyn-Tan Wee Kiong mencipta kejutan dalam Kejohanan Badminton Japan Masters 2024 selepas menewaskan rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sebentar tadi.
Berdepan lawan yang berada di ranking kelapan dunia itu nyata tidak langsung menggentarkan pasangan berpengalaman tersebut untuk beraksi dengan lebih baik.
Baca Juga:
- Japan Masters 2024: Justin Hoh Lepasi Pusingan Kelayakan, Bakal Hadapi Zii Jia
- Saranan Mendiang Bapa Rintis Karier Gemilang Rexy Mainaky Takluk Dunia Badminton
- Duit RM260,000 Milik Pasukan Badminton Indonesia Kena Curi Di Paris
Ia jelas dapat disaksikan apabila Azriyn dan Wee Kiong menggunakan pengalaman luas dimiliki untuk meraih kemenangan mudah 21-9 pada set pertama.
Aksi di set kedua lebih menarik untuk disaksikan dengan kedua-dua pasangan saling kejar-mengejar mata dan pasangan ranking ke-40 dunia itu menyerap tekanan dengan baik untuk mengesahkan kemaraan ke suku akhir dengan kemenangan 23-21.
Mereka berpeluang untuk berdepan satu lagi wakil negara esok sekiranya Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya mengenepikan cabaran pasangan Chinese Taipei, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi-Lin.
Sementara itu dua beregu campuran iaitu Hoo Pang Roon-Cheng Su Yin dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie turut berjaya menjejakkan kaki ke peringkat suku akhir.
Pang Roon-Su Yin menang ke atas Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari dari Indonesia 18-21, 24-22, 21-10 manakala gandingan suami isteri itu pula menundukkan Zhou Zhi Hong-Yang Yia Yi (China) 21-19, 21-11.
Namun tuah tidak memihak Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien selepas mereka tewas kepada pasangan Amerika Syarikat, Presley Smith-Jennie Gai 21-13, 14-21, 16-21.