Kejohanan Badminton Thailand Masters 2026 – Final [1 Februari 2026, bermula 1.00 Petang]

Para peminat badminton tanah air boleh menyaksikan siaran langsung final Kejohanan Badminton Thailand Masters 2026 yang bermula 1.00 petang menerusi saluran yang disediakan di bawah.

Siaran Langsung Final Thailand Masters 2026

1) Astro Badminton 815

2) Youtube BWF (perlu menggunakan VPN)

Terdapat dua pilihan buat anda buat anda untuk menyaksikan secara langsung pertemuan final perseorangan wanita melibatkan pemain negara, Goh Jin Wei bertemu Devika Sihag dari India.

Yang pertamanya anda perlu melanggan pakej Astro atau Sooka  untuk menonton aksi-aksi menarik bintang ternama dunia itu.

Yang kedua, anda perlu menggunakan VPN Amerika Syarikat untuk menonton secara percuma di laman Youtube Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF).

Thailand Masters 2026
Kredit Foto: Badminton Association of Thailand

Mengikut senarai ‘Order of Play’, Jin Wei yang melakar sejarah menjadi pemain wanita Malaysia pertama berjaya layak ke final kejohanan berstatus Super 300 akan beraksi pada 2.40 petang.

Ia bagaimanapun bergantung kepada dua aksi awal dan ada kemungkinan aksi melibatkan wakil negara itu berlangsung lebih lewat.

Goh Jin Wei yang sering dibelenggu masalah kesihatannya mencipta sensasi selepas melangkah ke final hasil kejayaan menundukkan pemain nombor satu negara, K. Letshaan di suku akhir dan kemudiannya menewaskan seorang lagi pemain negara, Wong Ling Ching di separuh akhir, semalam.

Berdasarkan ranking, Devika berada di kedudukan lebih baik apabila menghuni tempat ke-63 manakala Jin Wei pula di kedudukan ke-68.

Namun, ia hanyalah sekadar pemerhatian di atas kertas, semuanya bakal terungkai di Nimibutr Stadium, Bangkok sebentar lagi.