Liga Pro Saudi telah mengeluarkan kenyataan ke atas protes yang dibuat oleh Cristiano Ronaldo. Pemain itu mogok dalam perlawanan sebelum ini sebagai tanda protes kepada perpindahan Karim Benzema ke Al Hilal.

Fabrizio Romano melaporkan, CR77 mungkin akan terus mogok untuk aksi hari ini antara Al Nassr berdepan Al Ittihad. Ianya adalah perlawanan sangat penting untuk Al Nassr dalam usaha mereka mahu mengejar Al Hilal dalam persaingan kejuaraan liga.
Ketika Ronaldo Membantah Perpindahannya, Karim Benzema Debut Dengan Hatrik Bersama Al Hilal
Ronaldo dikatakan terkilan dan sangat kecewa dengan tindakan PIF yang berterusa melabur pada Al Hilal. Namun tidak begitu menyokong Al Nassr dalam perpindahan pemain di jendela perpindahan.
Kenyataan Liga Pro Saudi
Liga Pro Saudi menafikan bahawa struktur liga mereka sedangn rosak. Dan menjelaskan bahawa, setiap pasukan bebas beroperasi di bawah peraturan yang sama.
Liga Saudi berkata: “Liga Pro Saudi dibina atas satu prinsip mudah: setiap kelab beroperasi secara bebas di bawah peraturan yang sama.
“Setiap kelab mempunyai lembaga pengarah sendiri, pihak pengurusan sendiri dan kepimpinan bola sepak sendiri.
“Keputusan berkaitan perekrutan pemain, perbelanjaan dan strategi dibuat oleh kelab masing-masing, dalam rangka kewangan yang direka untuk memastikan kelestarian dan keseimbangan persaingan.

“Rangka kerja ini terpakai sama rata kepada semua kelab dalam liga.
“Cristiano telah terlibat sepenuhnya bersama Al Nassr sejak ketibaannya dan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan serta cita-cita kelab.
“Seperti mana-mana atlet elit, dia mahu menang. Namun tiada individu — walau sebesar mana sekalipun — yang menentukan keputusan di luar kelabnya sendiri.
“Aktiviti perpindahan terbaru jelas menunjukkan kebebasan tersebut. Satu kelab memperkuatkan pasukan dengan cara tertentu.
“Kelab lain memilih pendekatan berbeza. Itu adalah keputusan kelab masing-masing, dibuat dalam parameter kewangan yang telah diluluskan.
“Tahap daya saing liga ini jelas kelihatan. Dengan hanya beberapa mata memisahkan empat pasukan teratas, perebutan kejuaraan masih terbuka luas. Keseimbangan itu mencerminkan sistem yang berfungsi seperti yang dirancang.
“Fokus kekal pada bola sepak — di atas padang, tempat yang sepatutnya — serta mengekalkan pertandingan yang berwibawa dan kompetitif untuk pemain dan peminat.”
✍️🇸🇦 The Saudi Pro League have released an official statement in response to Cristiano Ronaldo's protest:
"The Saudi Pro League is structured around a simple principle: every club operates independently under the same rules.
"Clubs have their own boards, their own executives… https://t.co/YGuFcheBFY pic.twitter.com/IIbJwgvt5y
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) February 5, 2026