Pada lewat petang semalam, Kuala Lumpur mengalami hujan lebat di kebanyakkan tempat. Restoran Rembayung turut tidak terkecuali sehingga sebahagian kecil operasi terganggu seketika.

Ramai warganet mengeluarkan ‘teori-teori’ mengapa tingkat atas restoran itu dimasuki air.

Baca Juga:

Bagaimanapun, syarikat yang membina Rembayung tampil memberikan penjelasan sebenar berhubung kejadian yang berlaku itu.

@ohbulanofficial

Info dari individu di Threads keadaan di Rembayung banjir harini (07/02/2026) jam 06:12 pm, katanya air keluar deras ikut tingkap 😖 Semoga dipermudahkan urusan. Sumber: akmalshaharom #ohbulan #rembayung #khairulaming

♬ Rintih Hujan – The Jenglau

“Kami adalah contractor yg membina Rembayung. Sepanjang Rembayung dibuka. Inilah kali pertama hujan lebat dan berangin. Air bukan masuk ikut cermin.

“Punca utama ialah gutter tiba-tiba overflow disebabkan downpipe tersumbat dengan daun. Sesuatu yang tidak dijangka dan diluar kawalan kami.

“Kami juga telah mengambil tanggungjawab penuh dan akan menambah baik supaya kejadian ini tidak berulang lagi di masa hadapan.

“Semoga pelanggan Rembayung dapat menikmati hidang dengan selesa di masa hadapan,” jelas Cdbuilders.my.

Rembayung Banjir, Kontraktor Jelaskan 'Daun' Puncanya
Sumber Gambar: Threads @cdbuilders.my

Sementara itu, pemilik restoran, Khairul Aming memohon maaf atas perkara di luar kawalan itu berlaku.

Beliau turut menjelaskan punca ‘banjir’ telah diatasi serta-merta.

“Mohon maaf pelanggan yang tidak selesa makan petang tadi sebab kena pindah meja.

“Hujan tersangat sangat lebat hari ni sampai leaking masuk dalam kedai. Alhamdulillah leaking dah berhenti and sesi makan malam ini bersambung seperti biasa. Punca leaking akan kita terus repair malam ini,” kata beliau semalam.