Seorang influencer terkenal yang juga selebriti tv, telah menuai kecaman kerana dituduh menunggang nama Khairul Aming dan Rembayung untuk mempromosikan kedai makan yang diwakilinya.

Dalam video tersebut, influencer tersebut malah membanding bandigkan harga telur ayam masak kicap yang jauh lebih murah di kedai yang dia promosikan.

Seterusnya, influencer tersebut dianggap boleh mengelirukan orang ramai apabila menyebut kedai makan yang dia promosikan itu sebagai cawangan kedua Rembayung.

Netizen mempersoalkan tindakan kedai makan dan influencer tersebut. Mereka menulis: “Tak malu ke? Perlu ke Tunggang Khairul Aming & Rembayung semata – mata nak promote kedai lain.

“Kalau tak mention sales tiada?

“Rembayung tiada cawangan ke-2 atas nama Paku & Pontianak. Dengar nama Restoran pun menjengkelkan.”

Ada juga yang merasakan cara influencer tersebut menjengkelkan kerana penyampaian dengan cara lelaki lembut dan ‘cringe’.

Netizen seterusnya mempersoalkan jika kedai tersebut adalah kedai makan yang pernah viral kerana menghidangkan ‘fish and chips’ menggunakan ikan keli.

Walaubagaimanapun, ada juga netizen yang mempertahankan influencer tersebut: “Dia adalah seorang artis mengajuk gaya orang lain [impersonation artist]. Itu sudah menjadi cara dia.

“KA pun ok tak cakap apa apa. Kelakar je aku tengok video ini,” tulis netizen tersebut.

Seterusnya yang lain menganggap video tersebut memang menarik dan berkongsi pengalaman yang baik ketika mereka makan di kedai makan tersebut.