Mikel Arteta menggesa Arsenal bangkit selepas keciciran mata di Molineux.
Arsenal seri 2-2 dengan Wolves, walaupun mendahului 2-0 dalam perlawanan ini.
Bukayo Saka meraikan kontrak baharunya dengan gol cantik hasil umpanan Declan Rice. Sementara Hincapie memastikan Arsenal 2 gol di hadapan selepas itu.
Tetapi Wolves berjaya bangkit mengikat Arsenal. Hugo Bueno menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-61. Sebelum Wolves mengikat Arsenal 2-2 menerusi gol sendiri Calafiori pada mmasa kecederaan 90+4.
Ini adalah kali kedua berturut turut Arsenal keciciran mata, selepas diikat satu sama oleh Brentford minggu lalu.
Man City kini hanya 5 mata di belakang Arsenal, dengan skuad Guardiola masih ada satu perlawanan dalam tangan.
Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Arteta berkata: “Ianya benar benar mengecewakan. Namun kami harus menerimanya.
“Kami harus lebih kritikal ke atas diri sendiri, kerana persembahan kammi tidak cukup bagus.
“Dalam liga, realitinya kami tidak konsisten dalam beberapa bulan ini.
“Ianya keputusan yang sukar diterima. Pada separuh masa kedua kami tidak mempersembahkan aksi yang sepatutnya dan gagal menunjukkan aksi yang diperlukan untuk menjuarai EPL.
“Ada beberapa pekara asas yang kami harus buat, dan kami melakukannya dengan buruk berkali kali. Kemudian kami tidak dapat mengawal perlawanan dan hilang kawalan.
“Lebih baik untuk tidak mengadilinya, kerana kami semua sangat emosi mengenainya. Kami berhak untuk merasai tamparan.
“Mudah sahaja nak berkata sesuatu yang boleh merosakkan pasukan. Apa yang pasti, semua orang mahu melakukan yang terbaik.”
Selepas ini Arsenal akan berdepan dengan Spurs dan diikuti oleh Chelsea.
Arteta menambah: “Kami berada pada fasa sukar. Hari ini pada minit minit akhir, kami dihukum. Kami harus buat perkara asas lebih baik.
“Kamu harus bangkit. Ketika kamu dalam detik sukar, kami harus menunjukkan betapa tinggi keinginan kami dan betapa bagusnya kami.”