Buat pecinta raja buah, baunya tidaklah menyengat mana untuk dihidu dan boleh menikmati setiap ulas sehingga licin.
Namun, berbeza senario untuk individu yang tidak biasa apatah lagi membesar dengan buah durian menjadikan pengalaman pertama kalinya mungkin sesuatu yang ‘menyeramkan’.
Baru-baru ini, tular sebuah video pencipta konten dari Australia yang merakam reaksi pengalaman mencuba buah durian itu.
Difahamkan mereka gagal menemui buah durian yang segar namun hanya berjaya mendapatkan jenis beku yang diimport dari Malaysia.

Saat ia dibuka kotak tersebut, mereka sudah menunjukkan muka yang jijik dan melemparkan kata negatif seolah-olah ia bukanlah buah yang wajar untuk dimakan.
“Apa benda tu, ini kelihatan tidak bagus?”, “Saya tidak mahu makan ini”, “ini si*l”, demikian antara komentar yang dilontarkan sebaik bungkusan dibuka.
Kemudian, sampai babak ia plastik dibuka, mereka langsung memberikan ujian hidu dan memberikan reaksi yang cukup tidak menyenangkan dan penuh kekesalan.

Bahkan, salah seorang daripada kumpulan terus beredar dan mahu muntah kerana tidak senang dengan bau yang dihasilkan oleh raja buah itu.
Perkara ini bertambah parah apabila mereka memaksa diri untuk makan dan kesemuanya memberikan reaksi yang sama iatu mahu memuntahkan sisa di dalam mulut masing-masing.
Di kapsyen video pula, influencer itu langsung berkata “ini adalah benda paling teruk yang dia rasa setakat ini”.
Video yang tular itu langsung meraih perhatian netizen terutamanya dari Asia Tenggara seperti Filipina, Singapura, Malaysia kerana majoritinya telah membesar dengannya dan langsung mempertahankan buah kegemaran mereka.
Sebahagian menggelarkan influencer dari Australia itu sebagai terlalu ‘over’ memberi reaksi dek demi menaikkan jumlah tontonan konten mereka.
“Pencipta konten selalu beri reaksi yang berlebihan”.
“Anda memang beri reaksi berlebihan. Ini raja buah di Filipina”.
Ramai percaya mungkin baunya tidaklah sedap untuk dihidu tetapi rasanya cukup membuatkan sesiapa jatuh hati padanya.
Susulan itu, seorang netizen tampil menegaskan kepada pencipta kandungan tersebut bahawa meskipun setiap individu mempunyai citarasa tersendiri, tindakan memperlekehkan makanan tradisional kaum lain adalah sesuatu yang tidak beretika.”
“Jangan hina buah durian ini… kalau tak suka, jangan makan… jangan jadi bodoh disebabkan buah ini”.
“Sekarang dah tahun 2026, dan awak rasa benda ni kelakar? Matanglah sikit”.
Bagaimanapun, beberapa netizen yakin buah durian yang dibekukan tidak mampu menyimpan rasa atau teksturnya yang asli dan menyarankan untuk dia mencuba durian yang segar dari ladang atau kedai di negara asalnya untuk menikmati rasa sebenar.