Piala Dunia 2026 yang turut dianjurkan di Amerika Syarikat terus berdepan dengan kenaikan kos untuk peminat menyaksikannya.
Terbaru, kos menaiki pengangkutan awam melibatkan tren dari Pennsylvania Station ke Stadium MetLife kini mencecah USD100 atau sekitar RM395.
Tambang biasa untuk destinasi tersebut biasanya sekitar USD12 sahaja. Ianya kenaikan yang luar biasa akan dirasai oleh penumpang terutama sekali penyokong dan pelancong sukan.
Sebagai perbandingan, pada temasya Piala Dunia di Rusia dan Qatar sebelum ini, perkhidmatan tren adalah disediakan secara percuma bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.
Sebelum ini ramai peminat dan aktivis di Amerika Syarikat mengecam penganjuran Piala Dunia di Rusia dan Qatar dan menuduh negara yang mendiskriminasi rakyat sendiri dan pekerja.
Agak ironi kerana penganjuran di Amerika Syarikat yang akan datang, benar benar memeras poket pemminat.
Petit rappel : les trains รฉtaient gratuits en Russie et au Qatar. https://t.co/RsRDhLQayR
— ๐๐๐ช๐๐๐ ๐ง ๐ฎ๐๐๐๐๐ ๐ ๐ธ๐ณโญ๏ธโญ๏ธ (@Boubacar_Niasse) April 14, 2026
Zon untuk penyokong pun akan dikenakan bayaran nanti. Berbeza dengan sebelum ini, di mana zon pemminat Piala Dunia di sekitar venue tidak pernah dikenakan bayaran.