Piala Dunia FIFA bukan sahaja menjadi pentas paling berprestij dalam bola sepak dunia, malah ia turut menjadi medan bagi pemain menampilkan kehebatan menjaringkan gol.

Sepanjang sejarah kejohanan ini, beberapa pemain telah mencipta nama dengan jumlah gol yang mengagumkan sekali gus meninggalkan kesan yang sukar dilupakan dalam ingatan peminat bola sepak seluruh dunia.

Baca Juga:

Senarai penjaring terbanyak Piala Dunia menampilkan pemain-pemain dari pelbagai era dengan beberapa nama legenda terus mengekalkan rekod gol mereka walaupun bertahun-tahun berlalu.

Rekod ini bukan sahaja mencerminkan kebolehan individu tetapi juga konsistensi dan keupayaan pemain di pentas terbesar bola sepak dunia.

Dari pemain legenda seperti Gerd Muller, Pele, Miroslav Klose dan Ronaldo Nazário hingga bintang terkini pencapaian gol ini menjadi bukti kehebatan mereka dalam sejarah Piala Dunia.

Senarai Penjaring Terbanyak Sepanjang Masa Piala Dunia

1) Miroslav Klose – 16 Gol

Bekas penyerang skuad kebangsaan Jerman ini merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam Piala Dunia dengan beraksi sebanyak 24 perlawanan.

Beliau yang kini berperanan selaku pengurus FC Nürnberg membuat penampilan dalam empat piala dunia iaitu 2002 (lima gol), 2006 (lima gol), 2010 (empat gol) dan dua gol ketika 2014.

2) Ronaldo Nazario – 15 Gol

Penyerang legenda Brazil ini menjaringkan 15 gol dalam 19 penampilannya dengan jumlah keseluruhan tiga edisi Piala Dunia.

Beliau menjaringkan empat gol ketika 1998, lapan gol ketika menjuarai saingan 2002 di Korea Selatan dan tiga gol sewaktu penampilan edisi terakhir di Jerman.

3) Mendiang Gerd Muller – 14 Gol

Walaupun hanya beraksi dalam dua edisi Piala Dunia sahaja dan beraksi sebanyak 13 perlawanan, Muller berjaya meledakkan 10 gol pada 1970 dan menambah empat lagi jaringan ketika 1974.

4) Mendiang Just Fontaine dan Lionel Messi – 13 Gol

Menyarung jersi Perancis, Fontaine yang hanya beraksi pada Piala Dunia 1958 di Sweden cemerlang dengan 13 gol dalam enam perlawanan dihadapinya.

Manakala, Messi yang menikmati 26 perlawanan Piala Dunia telah melalui lima edisi yang menyaksikan beliau menjaringkan satu gol pada 2006, empat gol ketika 2014, satu gol (2018) dan tujuh gol diledakkan sewaktu edisi 2022.

Beliau bagaimanapun tidak berjaya menjaringkan sebarang gol pada 2010.

5) Mendiang Pele dan Kylian Mbappe – 12 Gol 

Kedua-dua figura hebat berbeza zaman ini bukan sahaja berkongsi jumlah jaringan tetapi mereka juga membuat 14 penampilan dalam Piala Dunia.

Pele beraksi dalam empat edisi berbeza iaitu 1958, 1962, 1966 dan 1970 manakala Mbappe pula beraksi pada saingan 2018 dan 2022.

Dengan prestasi semakin menarik ditampilka, Mbappe tidak akan terlalu berdepan masalah untuk menambah koleksi jaringan dan penampilannya dalam kejohanan berprestij ini.

Lain-Lain Penjaring

11 Gol – Jurgen Klinsmann (Jerman) dan Sandor Kocsis (Hungary)

10 Gol – Gabriel Batistuta (Argentina), Teofilo Cubillas (Peru), Grzegorz Lato (Poland), Gary Lineker (England), Thomas Muller (Jerman) dan Helmut Rahn (Jerman Barat)

9 Gol – Ademir (Brazil), Roberto Baggio (Itali), Eusebio (Portugal), Jairzinho (Brazil), Paolo Rossi (Itali), Karl-Heinz Rummenigge (Jerman Barat), Uwe Seeler (Jerman Barat), Vava (Brazil), Christian Vieri (Itali) dan David Villa (Sepanyol)

8 Gol – Guillermo Stabile (Argentina), Leonidas (Brazil), Oscar Miguez (Uruguay), Harry Kane (England), Neymar (Brazil), Rivaldo (Brazil), Rudi Voller (Jerman Barat & Jerman), Diego Maradona (Argentina) dan Cristiano Ronaldo (Portugal)

Sumber