Jika anda sedang gusar tidak dapat menonton Piala Dunia kerana tidak melanggan Astro, jangan gusar lagi kerana perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 turut akan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata perincian untuk setiap pemilihan perlawanan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Setakat ini kita maklumkan Piala Dunia akan disiarkan di RTM 1. Maklumat selanjutnya akan diberitahu kemudian. Mungkin esok,” jelasnya kepada Harian Metro pagi tadi.

Beliau berkata, cadangan itu dibawa ke mesyuarat Kabinet pagi tadi dan diluluskan. Sebelum ini hanya Astro yang mendapat hak siaran Rasmi untuk Piala Dunia 2018. Siaran perlawanan juga mungkin tidak menyeluruh seperti di Astro dan hanya perlawanan tertentu akan disiarkan di RTM.

Piala Dunia 2018 akan berlangsung 14 Jun hingga 15 Julai depan. Sempat untuk tonton bersama ahli keluarga di kampung halaman di hari raya nanti.