Aksi suku akhir kedua di antara Arsenal vs Sporting mencatatkan tontonan terendah dalam aksi suku akhir musim ini.

Menurut laporan yang dikeluarkan, jumlah tontonan Arsenal vs Sporting di Emirates semalam cuma meraih kurang 5 juta tontonan di peringkat global.

Salah satu sebabnya adalah tumpuan lebih kepada aksi Bayern Munich vs Real Madrid. Di mana perlawanan tersebut turut rancak dan lebih menghiburkan.

Lawan Arsenal iaitu Sporting Lisbon pula kurang peminat di peringkat global. Dan ia antara yang menyumbang kepada kehambaran tontonan.

Seterusnya, Real Madrid dan Bayern menampilkan bintang yang sedang meningkat naik seperti Kylian Mbappe, Vinicius Junior, Olise dan nama besar seperti Harry Kane.

Arsenal cemerlang

Di atas padang, aksi kedua dua pasukan berakhir seri tanpa jaringan. Yang melayakkan Arsenal ke separuh akhir secara agregat 1-0, bekalan yang mereka bawa daripada perlawanan pertama sebelum ini.

Skuad Mikel Arteta kini bersaing dua kejuaraan besar. Pertamanya dalam saingan EPL. Dan seterusnya, mereka cuba memenangi UCL pertama dalam sejarah kelab mereka.

Arteta sebelum ini memuji skuad Arsenal yang sedia ada. Menurutnya: “Ini kali pertama Arsenal layak ke separuh akhir untuk 2 musim berturut turut dalam sejarah 140 tahun kelab ini.

“Saya rasa bangga bersama dengan pasukan ini.”

3 lagi pasukan yang mara adalah Atletico Madrid – lawan Arsenal di separuh akhir – seterusnya, Bayern Munich yang menyingkirkan Real Madrid. Satu lagi adalah juara bertahan PSG yang menyingkirkan Liverpool.