Seorang wanita yang pernah tular selepas insiden ‘kiss cam’ ketika konsert Coldplay akhirnya tampil bersuara tentang sikap Chris Martin.
Dia mendedahkan bahawa vokalis kumpulan tersebut, Chris Martin, tidak pernah menghubunginya selepas video berkenaan mencetuskan kontroversi di media sosial.
Dia masih menunggu permohonan maaf Chris Martin, meminta penyanyi legenda itu bertanggungjawaab di atas apa yang berlaku.
Menurut laporan TMZ, wanita dikenali sebagai Kristin Cabot itu menjawab ringkas apabila ditanya sama ada Chris Martin pernah cuba menghubunginya.
Wanita itu berkata: “Tidak, tidak pernah sama sekali.”
Dalam masa sama, Kristin turut meluahkan rasa kecewa dengan Chris Martin yang telah mengelak daripada tanggungjawab. Dan nekad tidak mahu datang ke mana mana persembahan Coldplay lagi selagi lagi Chris Martin tidak meminta maaf.
Beberapa tahun lalu, satu kejadian kamera ‘kiss cam’ tular memaparkan wanita dan lelaki yang sedikit berusia sedang berpelukan.
Keadaan bertukar janggal apabila kedua-duanya dilihat panik dan cuba mengelak daripada terus dirakam kamera, sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penonton.
Rakaman itu kemudiannya dimuat naik ke media sosial dan dengan pantas menjadi tular, mengundang pelbagai spekulasi daripada netizen.
Tidak lama selepas itu, identiti lelaki berkenaan didakwa sebagai majikan kepada Kristin, sekali gus mencetuskan dakwaan hubungan sulit, lebih-lebih lagi apabila kedua-duanya dikatakan sudah mempunyai pasangan masing-masing.
Coldplay Kiss Cam woman says Chris Martin never reached out to her after she went viral cheating with her boss.
“Nope. Never did!”
Kristin Cabot has said she will never go to a Coldplay concert again and would have appreciated it if the singer reached out.
Source: TMZ pic.twitter.com/hor0k1aTcP
— Oli London (@OliLondonTV) April 17, 2026
Kristin sebelum ini pernah menganggap tindakan Chris Martin itu sebagai mengganggu ruang privasinya.