Carlo Ancelotti berpendapat bahawa Arsenal yang menikmati kempen cemerlang dalam UEFA Champions League (UCL) 2025/26 tidak mampu untuk menjulang trofi tersebut.
Arsenal mara ke separuh akhir selepas menang 1-0 menerusi agregat selepas menang di gelanggang lawan manakala terikat tanpa jaringan pada aksi kedua di Emirates Stadium.
PSG Jadi Pilihan Ancelotti
Pernah memenangi kejohanan tersebut sebanyak lima kali sebagai pengurus, Ancelotti sebaliknya melihat juara bertahan, Paris Saint-Germain (PSG) sebagai pilihannya untuk sekali lagi menjuarainya.
“UEFA Champions League adalah kejohanan yang terbuka, yang boleh mengetepikan pasukan hebat seperti Real Madrid, FC Barcelona dan Manchester City, namun ia tetap sebuah kejohanan di mana anda boleh berkembang.”
“Saya memilih Paris Saint-Germain,” kata Carlo Ancelotti apabila diminta untuk memilih pasukan pilihan beliau menurut sumber laporan Goal.
“Saya telah menyaksikan perlawanan dengan banyak jaringan, Atletico Madrid menentang FC Barcelona serta Bayern Munich bertemu Real Madrid memberikan detik-detik mendebarkan kepada penyokong.”
“Tetapi terlalu banyak gol juga bermakna terlalu banyak kesilapan, sama ada daripada penjaga gol mahupun pemain pertahanan. Apa yang dipanggil tekanan tinggi, permainan ‘man-to-man’, melibatkan risiko yang berterusan, dan sebab itu keputusan boleh berubah pada bila-bila masa.”
“Malah, pembinaan permainan dari bawah juga perlu sempurna, jika tidak anda akan terus dihukum walaupun dengan kesilapan kecil,” tambah beliau lagi.