Carlo Ancelotti tampil memohon maaf kepada Arsenal selepas pemain pertahanan, Gabriel Magalhaes terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan ketika aksi persahabatan Brazil menewaskan Senegal, malam tadi.

Menurut pengendali Selecao itu, pertahanan tengah The Gunners tersebut kini menanti detik yang ‘menyakitkan’ untuk mengetahui tahap sebenar kecederaan abduktor yang dialaminya dengan risiko berdepan tempoh berehat yang panjang.

Baca Juga:

Kecederaan Dialami Gabriel

Kecederaan abductor merujuk kepada regangan atau koyakan pada otot di bahagian luar pinggul yang menyebabkan sakit pada sisi pinggul dan boleh menjalar hingga ke bahagian lutut.

Selepas perlawanan, Ancelotti menegaskan bahawa Gabriel akan dinilai oleh pasukan perubatan Brazil pada hari Ahad bagi menentukan sejauh mana serius kecederaan dialaminya.

Namun begitu, bekas pengendali Chelsea dan Real Madrid itu tetap meluahkan rasa kesal terhadap insiden tersebut.

Apabila ditanya mengenai kecederaan Gabriel, Ancelotti berkata: “Teruk? Saya tak pasti. Dia mengalami masalah pada bahagian ‘adductor’ dan pasukan perubatan perlu membuat pemeriksaan esok.”

“Kami benar-benar kesal dengan perkara ini, sangat kecewa. Bila pemain cedera, saya hanya berharap mereka dapat pulih dengan baik dan segera,” ujar Ancelotti menurut sumber laporan Goal.

Gabriel memainkan peranan penting buat Arsenal pada musim ini dalam mengemudi jentera pertahanan, malah turut berbahaya ketika situasi bola mati.

Dalam pada itu, kem Arsenal turut bakal berdepan satu lagi isu kecederaan apabila Riccardo Calafiori turut diketepikan daripada skuad kebangsaan Itali.

Sumber