Dua jaringan pemain import, Chrigor Moraes membantu Selangor meraih kemenangan 2-1 ke atas Nam Dinh pada aksi separuh akhir pertama Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2025/26 yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi.

Bekalan tipis yang perlu digunakan sebaik mungkin barisan kendalian Kim Pan-gon menjelang aksi timbal balik di Vietnam pada minggu hadapan.

Chrigor memberikan Selangor pendahuluan pada minit ke-38 apabila beliau meluru masuk untuk menyambut hantaran tepat Quentin Cheng dari sebelah kanan selepas bek kanan itu berjaya melepasi pertahanan hasil bola lambung Noor Al-Rawabdeh dari kawasan sendiri.

Namun, kelebihan itu hanya bertahan lapan minit apabila Percy Tau berjaya memecahkan benteng pertahanan tuan rumah pada masa kecederaan babak pertama.

Pemain kelahiran Afrika Selatan itu memotong masuk dari sebelah kanan sebelum menghantar bola ke dalam kotak enam ela untuk disudahkan oleh Nguyen Van Vi.

Tetapi pada minit ke-58, Selangor kembali di hadapan apabila Quentin dan Chrigor sekali lagi bergandingan.

Faisal Halim melorongkan bola kepada Quentin dan pertahanan itu tanpa ragu-ragu menghantar bola ke depan kepada Chrigor, yang mengawal bola dengan sentuhan pertama yang kemas sebelum dengan tenang melambungkan rembatan melepasi Caique untuk menjaringkan gol kemenangan buat Selangor.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini di tempat sendiri,” kata Chrigor yang dinobatkan sebagai Shopee Star of the Match.

:Kami sentiasa mengharapkan musim yang baik, tetapi ini berbeza. Saya sangat gembira dapat membantu pasukan saya dan berada di sini.”