Arsenal dilaporkan sudah menetapkan tarikh untuk perarakan trofi sekiranya mereka berjaya menamatkan musim ini dengan kejuaraan Premier League atau Liga Juara-Juara Eropah atau kedua duanya sekali.
Sambutan besar-besaran itu dirancang berlangsung pada 31 Mei 2026 — sehari selepas final UCL di Budapest. Walaupun mereka mungkin mampu mengesahkan kejuaraan liga lebih awal, pihak kelab difahamkan mahu menggabungkan semua sambutan dalam satu perarakan besar.
Bas terbuka dijangka melalui sekitar kawasan Islington, lokasi yang sinonim dengan penyokong Arsenal sejak sekian lama. Laluan rasmi bagaimanapun masih belum diumumkan lagi.
Perancangan awal itu sangat penting untuk memastikan persiapan dan kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan dapat dilakukan dengan lancar.
Penyokong yang merancang ke Budapest untuk final UCL mungkin perlu membuat perjalanan pulang segera ke London jika mereka mahu menghadiri sambutan tersebut bersama penyokong yang lain di Kota London.
Arsenal parade currently planned for Sunday 31st of May in Islington London.
Full day event. 24 hours after the UCL final pic.twitter.com/KoP4JUptkn
— HandofArsenal (@HandofArsenal) May 6, 2026
Musim ini boleh menjadi antara musim paling bersejarah buat Arsenal. Dengan hanya 4 perlawanan yang memisahkan mereka daripada 2 trofi yang berprestij.
Arsenal kali terakhir memenangi EPL adalah musim 2003/04. Sementara untuk UCL, mereka masih belum pernah menjuarainya.
Arsenal akan berdepan dengan PSG pada aksi final UCL. PSG merupakan juara bertahan untuk trofi Liga Juara Juara Eropah.