Cristiano Ronaldo terus membuktikan dirinya sebagai legenda bola sepak apabila disenaraikan dalam skuad Portugal untuk Piala Dunia 2026, sekali gus bakal mencipta rekod dunia sebagai pemain pertama yang tampil di enam edisi kejohanan terbesar bola sepak itu.
Pemain berusia 41 tahun itu sebelum ini sudah beraksi di lima Piala Dunia iaitu pada 2006, 2010, 2014, 2018 dan 2022, dan kini bersedia melengkapkan penampilan keenamnya di pentas tertinggi bersama skuad kendalian Roberto Martínez.
Cristiano Ronaldo bukan sahaja mencipta sejarah dari sudut penampilan, malah turut mengekalkan statusnya sebagai penjaring terbanyak antarabangsa sepanjang zaman dengan 143 gol dalam 226 penampilan bersama Portugal.
Dalam lima edisi Piala Dunia sebelum ini, kapten Portugal itu telah menjaringkan lapan gol, dan edisi 2026 di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada dijangka menjadi pentas terakhirnya di kejohanan tersebut.
Pengendali Portugal, Roberto Martínez turut menyenaraikan skuad 27 pemain bagi kempen kali ini, dengan gabungan pemain berpengalaman seperti Bruno Fernandes, Bernardo Silva dan Rúben Dias serta bintang muda seperti João Neves dan Rafael Leão.
🚨 OFFICIEL : Cristiano Ronaldo convoqué dans la liste du Portugal 🇵🇹 pour disputer la Coupe du Monde 2026 !
Le quintuple Ballon d'Or va disputer la 6e Coupe du Monde de sa carrière ! 🔥💪
☑️ Coupe du Monde 2006
☑️ Coupe du Monde 2010
☑️ Coupe du Monde 2014
☑️ Coupe du Monde… pic.twitter.com/iOFOqOWnc5— Foot Mercato (@footmercato) May 19, 2026
Ronaldo yang kini bersama Al Nassr kekal menjadi tonggak utama skuad Portugal, yang masih memburu gelaran Piala Dunia pertama mereka dalam sejarah.
Kemunculan kali keenam ini bukan sahaja mengukuhkan legasi CR7, malah meletakkan namanya dalam buku rekod sebagai antara pemain paling konsisten dan panjang umur di pentas tertinggi bola sepak dunia.