Baru-baru ini satu akaun Threads berkongsi video rakaman tanpa izin seorang lelaki sedang mengisi minyak RON 95 di dalam tong.
Hantaran yang telah pun dipadam itu telah mendapat perhatian pemilik stesen minyak tersebut.
Menurut Threads @zettyzty, beliau menjelaskan bahawa pelanggannya itu mengikut peraturan dengan mengisi 20 liter di dalam tong.
Pelanggan Isi Minyak Ikut Peraturan
“Assalamualaikum, saya pemilik stesen minyak PETRONAS Kota Kemuning. Selepas disemak rakaman CCTV dan resit pembelian, saya ingin mengesahkan bahawa pelanggan isi minyak di dalam tong hanya 20 liter sahaja.
“Mengikut garis panduan yang ditetapkan KPDN, pengisian di dalam tong yang bersesuaian adalah dibenarkan jika tidak lebih dari 20 liter.
“Disini saya lampirkan notis yang dikeluarkan di sosial media Kementerian Komunikasi dan resit bukti pembelian pelanggan,” jelas beliau.
View on Threads
Penjelasan daripada pemilik stesen minyak itu mendapat pujian para warganet.
Usaha menyemak rakaman CCTV dan menjejak semula resit untuk membuktikan kebenaran pihak pelanggan adalah satu langkah yang sangat bertanggungjawab demi membersihkan nama baik individu yang difitnah serta memelihara integriti perniagaan tersebut.