Kecuaian sememangnya boleh berlaku tanpa mengira tempat. Terkadang meskipun sudah berjaga-jaga, kecuaian atau terlupa akan sesuatu masih lagi boleh berlaku tanpa sedar.
Isu ini turut menimpa seorang kanak-kanak di mana beliau tertinggal di stesen minyak selepas ibunya tidak menyedari kehilangan anaknya.
Nasib menyebelahi kanak-kanak ini apabila pekerja stesen minyak ini sudi untuk meminjamkan telefom pintar miliknya kepada kanak-kanak ini untuk menghubungi ibunya. Panggilan kanak-kanak ini turut diaktifkan loud speaker serta dirakam.
Macam mana parents dia boleh tak perasan dia takde dalam kereta 😌 pic.twitter.com/DY7PMOgMVc
— ًِ (@bckupacc99) May 17, 2023
Dalam pada itu, lain ceritanya apabila ibunya seolah berang dan bercakap kasar dengan anaknya. Reaksi kanak-kanak ini yang sedang dalam ketakutan akibat ditinggal dan dimarah jelas kelihatan pada video tersebut.
Meskipun ramai yang faham insiden tersebut berlaku disebabkan cuai, para netizen lebih tertumpu kepada layanan ibu kepada anaknya yang dilihat sangat tidak bersesuaian serta mampu mengundang ketakutan pada anak.
Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah cara si ibu malah berkomunikasi dengan anakya. Malah ramai meluahkan rasa benci dan kurang senang terhadap respon si ibu ini menangani masalah anak tertinggal di stesen minyak.
saya benci this kind of parents https://t.co/aq4ecAe3Fr
— nadh (@nadeyrazamri) May 18, 2023
dia yang tinggal anak, dia pulak yang nak marah aikkk 🤨🤨 i know this kind of tone of voice, takut and sedih! he's so strong for not crying after the call, i would have bawl my eyes out https://t.co/lPFaPZhz3f
— ji🧋 (@innerchildkoo) May 18, 2023
please lah cakap elok elok dengan anak, cakap kasar dan tengking macam ini boleh menyebabkan cara pembesaran tu terjejas tahu tak, lagipun salah sendiri tak sedar anak tu ikut ke tidak dalam kereta. anak bawah umur memang perlu dalam pemerhatian pun kan. done membebel https://t.co/4eEqqRbpSD
— embun karina (@embunkarinapoet) May 17, 2023
Sehubungan dengan itu, orang ramai diminta lebih berhati-hati agar situasi yang sama tidak berulang. Selain itu, harus diketahui anak adalah amanah di mana tindakan ibu bapa secara tidak langsung mungkin memberi kesan kepada cara anak bertindak apabila dewasa kelak.