Nampaknya para pengguna perlu bersedia dan peka dengan perubahan yang bakal dibuat dimana stesen minyak seluruh Malaysia bakal beroperasi 18 jam sehari berbanding 24 jam.
Cadangan ini dibuat oleh pemilik stesen minyak sebagai langkah untuk mengurangkan kerugian yang bakal diserap melalui penurunan minyak menjelang 1 Januari ini oleh pihak kerajaan.
Selain itu, cadangan ini yang diketuai oleh Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz mengatakan pengurangan waktu beroperasi ini membolehkan mereka mengurangkan kos pembayaran gaji minima yang ditetapkan kerajaan. Tambahnya lagi, pihak pemilik stesen minyak rata-rata menolak cadangan apungan minyak secara minggu yang bakal dibuat.
Difahamkan kaedah yang dibuat ini bukan sahaja membuatkan mereka menanggung kerugian malah mereka gagal untuk mengawal penerimaan stok yang ditetapkan rangkaian stesen minyak yang ditetapkan.
Selain itu, pihak pemilik stesen turut memohon pihak kerajaan untuk meningkatkan jumlah komisen yang diterima melalui penjualan diesel dan petrol daripada RM0.12 kepada RM0.15 per litre. Berdasarkan laporan difahamkan sebanyak 50 stesen minyak telah ditutup sepanjang tahun 2017 berikutan kegagalan untuk memperoleh keuntungan berdasarkan sistem yang diimplementasi.
Setakat ini keputusan untuk mengurangkan waktu operasi ini masih belum mendapatkan kata putus. Sama-sama kita nantikan jawapan balas daripada pihak kerajaan.
#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.