Cristiano Ronaldo akhirnya menjulang trofi Liga Pro Saudi buat kali pertama bersama Al-Nassr selepas kelab itu menewaskan Damac 4-1 pada aksi terakhir musim.
Ronaldo menjaringkan dua gol dalam perlawanan tersebut sekali gus membantu Al-Nassr menewaskan pencabar utama, Al-Hilal, untuk meraih kejuaraan liga pertama mereka sejak 2019.
π¨π¨| Cristiano Ronaldo and Al Nassr lift the Saudi Pro League trophy ππΈπ¦pic.twitter.com/ZGYBmKsbQm
— CentreGoals. (@centregoals) May 21, 2026
Kejayaan itu menamatkan penantian lebih tiga tahun Ronaldo sejak menyertai Al-Nassr pada Disember 2022 selepas meninggalkan Manchester United.
Ketika ketibaannya, perpindahan tersebut dianggap langkah besar Arab Saudi untuk menarik perhatian dunia dan mengangkat profil bola sepak negara itu ke pentas antarabangsa.
Sepanjang bersama Al-Nassr, Ronaldo telah menjaringkan 129 gol dalam semua pertandingan termasuk mencapai jaringan ke-100 dalam Liga Pro Saudi. Namun, trofi liga merupakan sasaran utama yang diharapkan sejak dia tiba di kelab tersebut.
π¨π¨| GOAL: CRISTIANO RONALDO DOS SANTOS AVEIRO SCORES A FREEKICK!!!
Al Nassr 3-1 Damac FCpic.twitter.com/7nZsPi1YwK
— CentreGoals. (@centregoals) May 21, 2026
Kehadiran Ronaldo turut membuka jalan kepada kemasukan ramai bintang besar lain seperti Karim Benzema, NβGolo Kante, Riyad Mahrez, Sadio Mane dan Neymar ke Liga Pro Saudi. Ia membantu meningkatkan populariti dan daya saing liga tersebut.
Persaingan musim ini berlangsung sengit sebelum akhirnya menjadi pertarungan dua pasukan antara Al-Nassr dan Al-Hilal. Salah satu aksi paling dramatik berlaku apabila kedua-dua pasukan seri 1-1 dalam perlawanan penting yang disifatkan antara terbesar dalam sejarah liga.
Trofi ini juga menjadi gelaran liga kelapan dalam karier Ronaldo selepas kejayaan bersama Manchester United, Real Madrid dan Juventus.
Pengurus Al Nassr, Jorge Jesus sebelum perlawanan menyatakan bahawa, Cristiano Ronaldo adalah pemain yang benar benar mahukan trofi tersebut lebih daripada yang lain.
CHAMPIONS!!!!! π π‘π΅ pic.twitter.com/8x9nzGHRx1
— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) May 21, 2026