Barcelona dilapor sedang menyediakan tawaran rasmi pertama untuk mendapatkan penyerang Atlético Madrid, Julián Alvarez pada musim panas ini.
Menurut beberapa laporan di Sepanyol, Barca dijangka mengemukakan bidaan sekitar €90 juta hingga €100 juta termasuk bonus, namun Atlético Madrid meletakkan harga minimum sekitar €150 juta untuk memulakan rundingan.
Barcelona sudah menghubungi ejen kepada Julian Alvarez tentang niat mereka mahu mendapatkan pemain tersebut.
Difahamkan, pengarah sukan Barcelona, Deco sudah mengadakan pertemuan dengan ejen Alvarez dan pemain Argentina itu juga dilapor telah bersetuju dengan terma peribadi bersama kelab Catalan tersebut.
Atletico bagaimanapun dijangan0 enggan menjual murah penyerang berusia 26 tahun itu kerana kontraknya masih berjalan sehingga 2030.
Malah, kelab Madrid itu sebelum ini turut menolak beberapa tawaran di bawah harga yang mereka tetapkan, termasuk menolak tawaran yang menyertakan pertukaran pemain dan kekal bertegas mahukan sekitar €150 juta.
Selain Barcelona, PSG dan Arsenal juga dikatakan berminat mendapatkan bekas penyerang Manchester City tersebut.
Namun ejennya mendedahkan beberapa minggu lalu bahawa pemain itu lebih memilih untuk kekal di Sepanyol walaupun tidak menolak kemungkinan untuk menyertai kelab di luar Sepanyol.
Selain itu, Barcelona dilaporkan sudah mencapai kesepakatan untuk mendapatkan Anthony Gordon dari Newcastle dengan nilai perpindahan mencecah €80 juta – di mana €70 juta bayaran tetap dan bakinya adalah bonus.
🚨💣 BREAKING: Anthony Gordon to Barcelona, here we go! Official bid accepted now by Newcastle board and Saudi owners.
€70m fixed fee plus add-ons to bring final package over €80m for #NUFC.
Gordon set to travel this week for medical and contract signing at FCB. 🔵🔴✈️ pic.twitter.com/TM1AORaeqz
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 27, 2026
Dalam pada itu, Marcus Rashford juga masih menjadi nama yang dikehedaki oleh Barcelona. Sebelum ini Barcelona cuba melanjutkan tempoh pinjaman pemain itu. Tetapi United mahukan Barcelona mengaktifkan klausa beli tetap pemain itu yang bernilai kira kira €30 juta.