Mikel Arteta kecewa pengadil tidak memberikan mereka penalti ketika Noni Madueke dijatuhkan oleh Nuno Mendes.

Insiden itu berlaku pada separuh masa kedua perlawanan, ketika kedua dua pasukan terikat 1-1.

Menurut Arteta, pengadil memberikan layanan berbeza ke atas insiden melibatkan Noni Madueke dengan insiden melibatkan Kvicha Kvaratskhelia – di mana PSG mendapat sepakan penalti.

Mikel Arteta membantah keputusan pengadil dan dia turut dikenakan kad kuning kerana tidak berpuas hati pengadil tidak memberikan Arsenal penalti.

Arteta berkata: “Sebenarnya, dalam 72 jam yang lalu, saya sudah melihat semua penalti yang mereka [pengadil] berikan dalam pertandingan musim ini.

“Ianya untuk kami memahami apa yang boleh menyebabkan penalti dan apa yang sebaliknya.

“Pengadil membuat keputusan namun pengadil membuat keputusan berbeza dengan insiden melibatkan Mosquera [dan Kvara]. Ini adalah keputusan yang sangat penting.”

Arsenal dan PSG terikat 1-1 untuk sepanjang 120 minit. Namun Arsenal sekali lagi hampa dalam misi UCL mereka apabila PSG memenangi kejuaraan menerusi penentuan sepakan penalti.

Ianya selepas Eberechi Eze dan Gabriel Maghalhaes gagal menyempurnakan penalti mereka. Sementara PSG hanya Nuno Mendes yang gagal.

PSG berjaya mempertahankan kejuaraan UCL mereka untuk dua musim berturut turut.