Seorang pakar matematik dari Jerman, Joachim Klement memiliki simulasi sendiri untuk meramalkan juara Piala Dunia telah memilih Belanda untuk kali ini.
Joachim Kelment menggunakan model simulasi yang dia reka sebelum ini. Dan ianya menghasilkan ramalan tepat untuk meneka juara Piala Dunia 2014 (Jerman), 2018 (Perancis) dan 2022 (Argentina).
Setiap kali Piala Dunia, pastinya ramalan tentang siapa juara dunia akan menarik perhatian ramai. Pelbagai kaedah digunakan, termasuk sotong Paul yang popular dahulu.
Kali ini model sains beliau memilih satu nama kejutan sebagai bakal juara dunia iaitu Belanda.
Macam Mana Formula Ini Berfungsi?
Klement menggunakan model ekonometrik yang menggabungkan faktor atas kertas dan luar padang. Antara pemboleh ubah utama yang digunakan termasuk:
– Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita
– Jumlah populasi sesebuah negaraKedudukan ranking semasa FIFA
– Faktor cuaca dan suhu
– Kelebihan pasukan tuan rumah
Menariknya, Klement sendiri mendedahkan bahawa formula ini asalnya dicipta sekadar suka-suka untuk menyindir rakan sekerjanya yang menganggap ahli ekonomi boleh meramal semua perkara di dunia ini.
Tapi tak sangka, algoritma miliknya benar benar tepat meramalkan juara dunia 3 kali berturut turut.
Berdasarkan data simulasi terbaharu Klement, perjalanan trofi ke Amsterdam kali ini bakal disulami dengan pelbagai drama dan keputusan luar jangkaan.
Kejutan Terbesar pula menurut simulasinya, adalah Brazil akan pulang awal dihantar pulang pasukan Asia pada peringkat 32 akhir
Wakil Amerika Selatan diramal Argentina akan menjadi satu-satunya pasukan dari zon CONMEBOL yang berjaya melangkah ke suku akhir, sebelum kempen mereka ditamatkan oleh Portugal yang diketuai oleh Cristiano Ronaldo.
CR7 hampa di final
Sementara di final, Klement meramalkan Belanda menentang Portugal, dengan skuad Oranje bimbingan Ronald Koeman akhirnya menamatkan badi ‘juara tanpa mahkota’ untuk menjulang trofi Piala Dunia pertama mereka dalam sejarah.
Sekaligus Klement meramalkan impian Piala Dunia CR7 berakhir di Amerika Syarikat.
Namun Klement awal awal memberikan anaran kepada kaki ‘betting’ bahawa simulasi ini untuk suka suka dan jangan terlalu percayakannya.
Klement berkaya: “Dalam model saya, semakin hampir kekuatan kedua-dua pasukan, semakin besar faktor nasib akan menentukan perlawanan.
“Realitinya, dalam bola sepak, kira-kira 50 peratus daripada keputusan akhir adalah bergantung kepada nasib pada hari perlawanan.”