Satu lagi drama berlaku di AS, di mana skuad Uzbekistan dan Senegal menjadi mangsa kepada layanan buruk daripada tuan rumah.
Ketibaan skuad Uzbekistan bagi aksi menentang Belanda di Stadium Icahn, New York mencetuskan kontroversi selepas mereka dilaporkan dikenakan pemeriksaan keselamatan yang sangat ketat.
Menurut laporan dan rakaman yang tular, delegasi Uzbekistan menjalani pemeriksaan menyeluruh termasuk penggunaan anjing pengesan K9, pengimbas badan serta pemeriksaan bagasi secara terperinci sebaik tiba di lokasi.
Situasi menjadi lebih tegang apabila pegawai keselamatan dilaporkan menjerit arahan kepada anggota pasukan supaya menjauhkan diri daripada bagasi mereka ketika proses pemeriksaan dijalankan.
🇺🇸 ESTADOS UNIDOS HUMILLA A UZBEKISTÁN 🇺🇿😳
Lo ocurrido a la llegada de Uzbekistán al Icahn Stadium de Nueva York ha generado una enorme polémica.
La selección asiática fue sometida a un protocolo de seguridad nunca antes visto para un simple partido amistoso. Revisiones… pic.twitter.com/vjLJpnIGzo
— Motivaciones Fútbol (@MotivacionesF) June 8, 2026
Layanan tersebut mengundang kritikan dalam kalangan penyokong dan pemerhati bola sepak yang menyifatkannya sebagai keterlaluan terhadap sebuah pasukan kebangsaan yang hadir untuk perlawanan antarabangsa.
Kontroversi ini turut menghangatkan lagi perbincangan mengenai pengurusan logistik dan keselamatan melibatkan pasukan pelawat di Amerika Syarikat, selepas beberapa pasukan sebelum ini dilaporkan menghadapi masalah kelewatan pengangkutan ke venue perlawanan.
Dengan Amerika Syarikat bakal menjadi tuan rumah beberapa kejohanan besar dalam tempoh terdekat, insiden seperti ini dijangka terus mendapat perhatian daripada komuniti bola sepak antarabangsa.
Dalam satu lagi insiden berasingan, pasukan Senegal terpaksa berpanas di tengah lapangan terbang kerana pemeriksaan ketat.
Menurut rakaman yang tular di media sosial, pemeriksaan dilakukan terus di kawasan lapangan terbang sebaik mereka turun dari pesawat, sebelum memasuki terminal ketibaan.
Lebih mengejutkan, pemain dan pegawai Senegal diarahkan berkumpul di kawasan trek lapangan terbang di bawah cuaca panas sementara menunggu proses pemeriksaan dijalankan. Mereka dilaporkan hanya disediakan beberapa kerusi sementara menunggu pemeriksaan badan penuh serta pemeriksaan bagasi kabin.
Selepas itu, delegasi tersebut masih perlu melalui satu lagi proses pemeriksaan keselamatan di dalam lapangan terbang yang dikatakan mengambil masa berjam-jam untuk diselesaikan.
https://twitter.com/catrina_nortena/status/2064142431885377662/video/1
Insiden itu mencetuskan kemarahan ramai penyokong bola sepak, dengan tanda pagar #RespectAfrica menjadi sohor kini di platform X. Ramai pengguna mempersoalkan layanan yang diterima oleh wakil juara Afrika itu, yang disifatkan tidak setaraf dengan status mereka sebagai tetamu rasmi kejohanan.
Kontroversi ini turut menghangatkan lagi perdebatan mengenai layanan terhadap wakil Afrika di Amerika Syarikat, susulan laporan sebelum ini mengenai pengadil Somalia, Omar Artan, yang didakwa dinafikan kemasukan ke negara tersebut walaupun mempunyai tugasan rasmi berkaitan Piala Dunia.
Setakat ini, pihak berkuasa Amerika Syarikat belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut, manakala Persatuan Bola Sepak Senegal juga masih belum memberikan maklum balas terperinci mengenai apa yang berlaku.
Peminat rata rata marah dengan tindakan AS yang dianggap terlalu paranoia. Selain itu mereka seolah olah tidak ada persiapan khas untuk memudahkan urusan pasukan dan delegasi yang bertanding