Istana Negeri Sembilan menyatakan bahawa Istiadat Pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 yang berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada Jumaat lalu adalah tidak sah serta tidak diiktiraf, petik Buletin TV3.

Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali dalam satu kenyataan rasmi menyatakan bahawa majlis yang diadakan pada 5 Jun 2026 itu jelas terbatal dari sudut Perlembagaan, undang-undang dan adat istiadat Negeri Sembilan.

Rentetan daripada penganjuran majlis tersebut, pihak Istana Negeri Sembilan mengumumkan beberapa ketetapan penting:

Tuntutan Gelaran Tidak Berkuat Kuasa: Gelaran Yang di-Pertuan Besar yang cuba diambil oleh Tunku Dato Seri Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar adalah tidak sah dan tidak diiktiraf.

Lucut Gelaran Pusaka Semasa: Tindakan Tunku Nadzaruddin yang cuba menerima gelaran tidak sah tersebut menyebabkan beliau secara bersendirian melepaskan Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan yang disandangnya sebelum ini.

Kekosongan Kedudukan Kedatuan: Ekoran pelepasan tersebut, kini tiada lagi penyandang bagi Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar, Putera Yang Empat Negeri Sembilan.

Sumber