Skuad kebanggaan negara, Malayan Stripes, sekali lagi terpaksa akur dengan kekalahan sengit dalam saingan MLP Asia 2026, selepas tewas 3–2 kepada Viet Panthers di Vietnam pada 21 November lalu dalam perlawanan yang diheret hingga ke penentuan DreamBreaker yang mendebarkan.
Namun, semangat juang mereka tetap membara, Malayan Stripes telah membuktikan mereka mampu bersaing dengan pasukan terbaik Asia, dan kini mereka membawa aura tersebut pulang ke tanah air!

MLP Asia 2026 Gegarkan KL Minggu Ini!
Bersedia untuk tiga hari penuh aksi pickleball bertenaga tinggi apabila jelajah ini singgah di Tomaz Pickleball Club, Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 November 2026. Jom turun padang bersama rakan-rakan dan saksikan sendiri setiap pukulan secara langsung:
26 NOV (KHAMIS) – PERLAWANAN TUAN RUMAH HONG KONG CANNONS
1) Hong Kong Cannons lwn. Viet Panthers
2) Hong Kong Cannons lwn. Dragon Warriors
27 NOV (JUMAAT) – PERLAWANAN TUAN RUMAH DRAGON WARRIORS
1) Dragon Warriors lwn. The Dots Tokyo
2) Dragon Warriors lwn. Viet Panthers
28 NOV (SABTU) – PERLAWANAN TUAN RUMAH MALAYAN STRIPES
1) Malayan Stripes lwn. Hong Kong Cannons
2) Malayan Stripes lwn. Manila Helios
Tumpuan Utama di Gelanggang Sendiri
Semua mata pasti tertumpu pada Sabtu, 28 November, apabila Malayan Stripes turun beraksi menentang dua pencabar sengit di hadapan penyokong sendiri. Dengan slot ke separuh akhir, serta peluang ke Perlawanan Akhir Kejuaraan pada 11 & 12 Disember menjadi taruhan, bahang saingan kini berada di tahap maksimum. Mampukah pasukan negara menamatkan badi dan meraih kemenangan sulung mereka? Jom gegarkan gelanggang dan berikan sokongan padu!
Tak Sempat Turun Gelanggang? Strim Secara Langsung!
Jika anda tidak berkesempatan untuk hadir ke Tomaz secara fizikal, jangan risau anda masih boleh menyaksikan setiap detik perlawanan secara langsung di Tonton [browse.tonton.com.my/live/mlp], Rakan Media dan Penyiaran Rasmi Malaysia.
Ikuti juga @malayanstripes_mlpasia & @majorleaguepb.asia untuk liputan eksklusif di sebalik tabir.