Malayan Stripes memulakan kempen Major League Pickleball Asia (MLP Asia) 2026 dengan aksi mendebarkan pada 13 November lalu apabila memberi tentangan sengit kepada pasukan tuan rumah, The Dots Tokyo, sebelum tewas tipis 3–2 dalam aksi DreamBreaker pertama dalam sejarah liga (21–19).
Beraksi di Gelanggang Pickleball Sansan Ikebukuro, Malaysia mendahului awal 1–0 selepas pemain No. 11 dunia, Lacy Schneemann dan Xiao Yi Wang-Beckvall memenangi acara Beregu Wanita 11–6.
Kapten Tokyo, Yuta Funemizu kemudian mencetuskan kebangkitan apabila memacu tuan rumah memenangi acara Beregu Lelaki (11–4) dan Beregu Campuran 1 (11–5) untuk mendahului 2–1.

Berdepan penyingkiran, Schneemann bergandingan dengan pemain negara, Jimmy Liong, untuk meraih kemenangan bergaya 11–4 dalam acara Beregu Campuran 2, sekaligus mengikat kedudukan menjadi 2–2.
Dalam aksi DreamBreaker yang penuh bersejarah itu, skuad negara mendahului selesa 17–11 hanya empat mata lagi untuk melakar kejutan besar.
Namun, Tokyo bangkit mengutip lapan mata berturut-turut untuk memintas kedudukan kepada 19–17 sebelum menoktahkan kemenangan dramatik 21–19.
Meskipun tewas, Schneemann menamatkan perlawanan dengan rekod tanpa kalah dalam kesemua aksi beregu.

NANTIKAN! Malayan Stripes bakal berdepan Viet Panthers di Vietnam pada 21 November, sebelum kembali beraksi di gelanggang sendiri sempena Hari Perlawanan Tuan Rumah (Home Match Day) pada 28 November menentang Hong Kong Cannons dan Manila Helios.
20 Nov: Perlawanan Tuan Rumah Manila Helios (Filipina)
21 Nov: Viet Panthers lwn. Malayan Stripes (Vietnam)
27 Nov: Perlawanan Tuan Rumah Dragon Warriors (Malaysia)
28 Nov: Perlawanan Tuan Rumah Malayan Stripes (Malaysia)
11–12 Dis: Separuh Akhir & Perlawanan Akhir Kejohanan
Saksikan MLP Asia 2026 Secara Langsung di Tonton (browse.tonton.com.my/live/mlp), Rakan Penyiaran Rasmi di Malaysia: #MLPAsia2026 #MalayanStripes #TontonMY