Hujung minggu lalu memang cukup meriah di Picklefy, Shah Alam apabila Leapmotor, salah satu jenama EV yang berkembang pesat di China, tampil sebagai penaja utama dan menganjurkan Leapmotor Pickleball Showdown 2025.

Acara yang sangat dinanti-nantikan ini mempertemukan lebih 726 pemain dari seluruh negara, sekaligus menjadikannya antara kejohanan pickleball terbesar pernah diadakan di Malaysia!

Suasana meriah, penuh tenaga dengan persaingan sihat

Leapmotor Satukan Lebih 700 Pemain Pickleball Dalam Pertandingan Penuh Energi
Kredit: Leapmotor Malaysia

Daripada pemain baharu yang baru belajar servis pertama mereka, hinggalah pemain berpengalaman yang tampil dengan aksi terbaik, setiap gelanggang dipenuhi gelak tawa, sorakan dan semangat kesukanan yang luar biasa.

Bukan sekadar pertandingan, acara ini turut menampilkan elemen gaya hidup moden melalui pelbagai zon interaktif yang membolehkan peserta merasai sendiri pengalaman memandu Leapmotor C10 iaitu model EV yang kini semakin mendapat perhatian ramai.

Picklefy bertukar menjadi hab inovasi & hiburan

Leapmotor Satukan Lebih 700 Pemain Pickleball Dalam Pertandingan Penuh Energi
Kredit: Leapmotor Malaysia

Sepanjang acara berlangsung, kawasan Picklefy diubah menjadi pusat aktiviti yang penuh warna dan futuristik oleh Leapmotor.

Antara tarikan utama ialah Cool Circuit Zone, tempat para pemain menyejukkan badan selepas perlawanan sambil mencuba sendiri sistem penghawa dingin berkuasa tinggi Leapmotor C10 yang direka untuk memberikan keselesaan segera, walaupun dalam cuaca panas Malaysia.

Ramai juga tidak melepaskan peluang menjenguk ruang dalaman kenderaan ini. Dengan reka bentuk ergonomik dan ruang kaki luas, ramai yang terpegun bagaimana ia boleh memberi keselesaan luar biasa selepas seharian bertanding.

EVibe Lounge, tempat ‘lepak’ paling selesa, siap peluang pandu uji eksklusif Leapmotor C10 selama sebulan!

Leapmotor Satukan Lebih 700 Pemain Pickleball Dalam Pertandingan Penuh Energi
Kredit: Leapmotor Malaysia

Sementara itu, di EVibe Lounge, pengunjung dapat menonton perlawanan sambil berinteraksi dan mengenali dengan lebih dekat falsafah reka bentuk Leapmotor yang mengutamakan keselesaan, ruang dan rekaan pintar dalam setiap model mereka.

Acara ini juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti “Merch & Paddle Giveaway”, di mana peserta berpeluang memenangi paddle eksklusif Sypik Avatar serta barangan rasmi Leapmotor.

Paling best, pemenang utama berpeluang merasai pengalaman memandu Leapmotor C10 selama sebulan secara eksklusif!

Leapmotor Satukan Lebih 700 Pemain Pickleball Dalam Pertandingan Penuh Energi
Kredit: Leapmotor Malaysia

Leapmotor C10 – EV bergaya, praktikal & sarat teknologi

Leapmotor Satukan Lebih 700 Pemain Pickleball Dalam Pertandingan Penuh Energi
Kredit: Leapmotor Malaysia

Dengan harga sekitar RM125,000, Leapmotor C10 menonjol sebagai EV dengan gaya elegan, prestasi mantap dan teknologi terkini. Ia mampu mencapai jarak pemanduan sehingga 424 km (WLTP) dengan sekali cas penuh.

Model terbaharu ini hadir dengan beberapa peningkatan ketara, termasuk:

  1. Pengecas 11 kW on-board, memendekkan masa pengecasan AC daripada 6 jam kepada hanya 4 jam.
  2. Ruang simpanan hadapan (‘frunk’) 32 liter untuk kegunaan tambahan.
  3. Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) dan kit inflator tayar bagi keselamatan dan kemudahan.
  4. Kemasan dalaman silikon baby-safe OEKO-Tex Standard 100, lembut namun tahan lasak.
  5. Pilihan warna baharu seperti Glazed Green dengan dalaman Camel Brown, serta Pearly White, Canopy Grey dan Tundra Grey dengan kemasan dalaman hitam.

Pengalaman memandu yang serba eksklusif

Sepanjang acara, Leapmotor C10 menjadi tumpuan utama. Ramai pengunjung teruja dengan sistem bunyi berkualiti tinggi yang menjadikan ruang kabin terasa seperti berada di dalam konsert mini.

Dengan ruang kabin luas serta tempat duduk empuk dan menyokong, setiap perjalanan terasa begitu santai — dan ramai juga yang tidak lepaskan peluang untuk memandu uji sendiri C10 bagi merasai kehebatannya.

Psst..dengar cerita model baharu Leapmotor bakal dilancarkan di Malaysia tak lama lagi!

Menutup hujung minggu yang penuh bertenaga itu, Leapmotor membuktikan bahawa jenama ini bukan sekadar hadir untuk memperkenalkan teknologi baharu, tetapi juga untuk menjadi sebahagian daripada landskap EV Malaysia.

Jadi, jangan lupa untuk ikuti perkembangan terkini di laman web rasmi, Instagram dan Facebook Leapmotor Malaysia.

Buat masa ini, Leapmotor Pickleball Showdown 2025 telah membuktikan bahawa inovasi, gaya hidup aktif dan mobiliti hijau boleh bergabung dengan sempurna menjadikan setiap acara bukan sekadar pertandingan, tapi satu pengalaman yang benar-benar mengujakan.