Peminat pickleball di Malaysia bakal mendapat peluang istimewa untuk menyaksikan pemain nombor satu dunia, Anna Leigh Waters (ALW) beraksi secara langsung di Kuala Lumpur pada Oktober ini.

Pada usia baru 19 tahun, Anna Leigh Waters mendominasi arena pickleball dunia dengan kepantasan dan kekuatan permainannya.

Peluang Saksikan Kehebatan Anna Leigh Waters

Kini, peminat tempatan berpeluang menyaksikan aksi Anna Leigh Waters dengan lebih dekat menerusi Franklin Pickleball Asia Pro Showcase 3 yang akan berlangsung pada 17 Oktober 2026 di 91 Pickleball, Hextar World @ Empire City.

Difahamkan, pintu masuk akan dibuka pada jam 4:30 petang manakala acara dijadualkan bermula pada jam 6:00 petang.

Selain menyaksikan aksi perlawanan demonstrasi berintensiti tinggi, pengunjung turut berpeluang menikmati penampilan selebriti, permainan, pemberian hadiah serta Franklin pop-up eksklusif.

Bagi peminat yang mahukan pengalaman lebih istimewa, beberapa pakej acara turut menawarkan akses ‘Meet & Greet’ eksklusif serta peluang bergambar bersama Anna Leigh Waters dan barisan pemain profesional Franklin.

Peminat boleh memilih pakej yang bersesuaian sama ada sekadar mahu menyaksikan aksi pickleball atau mendapatkan pengalaman VIP bersama Anna.

Antara pakej standard dan VIP yang ditawarkan ialah seperti berikut:

Pemain Pickleball No.1 Dunia Anna Leigh Waters Bakal Ke KL, Ini Cara Nak Saksikan Aksinya

Kesemua pakej VIP tersebut turut merangkumi akses ke VIP Lounge, Pro Meet & Greet serta sesi bergambar bersama ALW.

Peminat KL Bakal Jadi Antara Yang Terawal Lihat Paddle Misteri

Satu lagi tarikan pada acara ini ialah kemunculan paddle misteri yang masih belum dilancarkan secara rasmi.

Pemain profesional utama Franklin dilaporkan telah menguji paddle yang masih belum diperkenalkan kepada umum itu ketika menyertai kejohanan di seluruh dunia.

Kini, peminat di Kuala Lumpur berpeluang melihat sendiri paddle misteri berkenaan buat kali pertama menerusi showcase tersebut.

Malah, mereka yang mahu mencubanya sebelum orang lain boleh mendapatkan Super Fan Pack atau Super VIP Fan Pack yang menawarkan akses eksklusif kepada produk pra-pelancaran berkenaan.

Pembaca The Vocket Berpeluang Dapat Diskaun 5% Untuk Pakej Terpilih

Selain itu, pembaca The Vocket turut boleh menikmati diskaun 5% bagi pakej acara Franklin yang terpilih bermula 21 September 2026.

Untuk mendapatkan diskaun tersebut, masukkan kod promosi ALWMP ketika membuat pembayaran.

Peminat boleh mendapatkan pakej pilihan masing-masing dan membuat persiapan untuk menyaksikan Anna Leigh Waters serta Franklin Pro Team secara langsung di Kuala Lumpur pada 17 Oktober 2026.