Sukan pickleball di Malaysia bakal memasuki satu lagi fasa menarik apabila Malayan Stripes bersedia membawa cabaran negara dalam musim sulung Major League Pickleball Asia (MLP Asia) 2026.
Pemain tempatan, Jimmy Liong telah dipilih sebagai kapten Malayan Stripes untuk mengetuai barisan enam pemain yang menggabungkan bakat tanah air serta antarabangsa.
Jimmy merupakan antara tiga pemain tempatan yang dipilih memperkuatkan pasukan bersama-sama Syed Uzair dan Athilla Miasara. Ketiga-tiga mereka membentuk teras tempatan sebelum skuad dilengkapkan menerusi International Draft MLP Asia dan berjaya merekrut tiga pemain antarabangsa.

Dengan lengkapnya draf domestik dan antarabangsa ini, barisan penuh enam pemain Malayan Stripes bagi musim 2026 kini rasmi disahkan:
1) Jimmy Liong (Kapten – Malaysia)
2) Syed Uzair (Malaysia)
3) Athilla Miasara (Malaysia)
4) Eunggwon Kim (Korea Selatan)
5) Xiao Yi Wang-Beckvall (Antarabangsa)
6) Lacy Schneemann (Antarabangsa)
“Sebagai kapten Malayan Stripes, saya sangat gembira dan bangga dapat memimpin pasukan ini mewakili Malaysia. Bangga sangat sebab kita berjaya harumkan nama Malayan Stripes di pentas antarabangsa.”
“Bila dapat main dan jadi tuan rumah di laman sendiri, semangat kami memang luar biasa. Kami nak tunjukkan kepada peminat Malaysia yang kita boleh dan mampu cabar negara-negara lain.”
“Saya harap semua peminat dapat terus menyokong dan datang beramai-ramai memberikan sokongan kepada kami!” ujar Jimmy.
Berbeza dengan kejohanan pickleball yang lebih tertumpu kepada pencapaian individu atau pasangan, MLP Asia mengetengahkan konsep pertandingan secara berpasukan.
Musim sulung ini bakal menampilkan enam pasukan dari rantau Asia iaitu Malayan Stripes, Dragon Warriors, Hong Kong Cannons, Manila Helios, Team Tokyo dan Viet Panthers.
- Setiap pasukan dibarisi enam pemain yang terdiri daripada tiga pemain domestik dan tiga pemain antarabangsa dan setiap pertemuan mengandungi 4 perlawanan utama:
1) 1x Beregu Wanita
2) 1x Beregu Lelaki
3) 2x Beregu Campuran
Jika kedudukan terikat 2-2, pemenang ditentukan menerusi DreamBreaker, format perseorangan khas yang menjadi identiti Major League Pickleball. Ini menjadikan fokus kejohanan terarah kepada prestasi keseluruhan pasukan sepanjang musim.

Aksi Malayan Stripes Di Laman Sendiri
“Sebagai kapten Malayan Stripes, saya amat gembira dan berbesar hati diberi peluang untuk memimpin pasukan ini serta mewakili Malaysia. Saya juga sangat bangga kerana kami berpeluang membawa nama Malayan Stripes dan Malaysia ke pentas antarabangsa.”
“Beraksi di laman sendiri dan menjadi tuan rumah di Malaysia sememangnya sesuatu yang sangat mengujakan dan memberi semangat kepada kami.”
“Kami mahu membuktikan kepada peminat Malaysia bahawa kami mampu bersaing dan mencabar pasukan dari negara lain di pentas antarabangsa. Saya berharap peminat Malaysia akan terus memberikan sokongan dan hadir untuk bersama-sama memberi semangat kepada kami.”
Musim sulung MLP Asia membuka tirai pada 13 November 2026 di Jepun. Setiap pasukan diberikan satu hari perlawanan di halaman sendiri sepanjang peringkat pool play.
Peminat tempatan boleh menandakan 28 November 2026 di kalendar masing-masing apabila Malayan Stripes dijadualkan beraksi di laman sendiri berdepan Hong Kong Cannons dan Manila Helios dalam dua perlawanan berasingan.
Four pasukan teratas pool play akan mara ke peringkat playoff. Aksi separuh akhir akan berlangsung pada 11 Disember, sebelum juara julung kali MLP Asia dinobatkan pada 12 Disember 2026.