Kejohanan pickleball berprestij, Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026 secara rasminya mengumumkan penyertaan awal barisan atlet tempatan terkemuka tanah air.

Kejohanan bertaraf antarabangsa ini dibawakan menerusi kerjasama strategik bersama Professional Pickleball Association Asia (PPA Asia) Tour, dengan Media Prima bertindak sebagai Rakan Media Rasmi.

Bakal berlangsung dari 9 hingga 13 September 2026 di The Hood, Kuala Lumpur, kejohanan ini menampilkan saingan sengit yang menyaksikan jaguh pickleball tempatan berentap menentang bintang-bintang profesional antarabangsa.

Antara barisan pemain utama dan bakat tempatan Malaysia yang menggalas cabaran negara:

1. Jimmy Liong (Kai Long): Pemain ranking antarabangsa tertinggi Malaysia yang berpengalaman di litar jelajah dunia.

2.Colin Wong: Pemain kegemaran ramai yang berpengalaman dalam litar Tour Asia dan acara beregu dinamik.

3. Syed Uzair Sufi: Pemain berpengalaman dalam litar kejohanan serantau.

4. Timothy Foo: Bakat muda meningkat naik yang bersedia menguji kemampuan menentang pemain terbaik dunia.

Bakat-bakatan tempatan Malaysia ini bakal berentap bersama barisan bintang antarabangsa utama:

1. Gabriel Tardio (Bolivia) – Ranking Dunia Lelaki #2: Terkenal dengan kelajuan cemerlang dan gaya permainan yang memukau penonton.

2. Chao Yi Wang (Taipei Cina) – Ranking Dunia Wanita #11: Membawa ketepatan taktikal, konsistensi tinggi, dan pengalaman pentas antarabangsa dalam kategori wanita.

3. Tama Shimabukuro (AS) – Ranking Dunia Lelaki #14: Mengalihkan kelincahan daripada sukan papan selaju (skateboarding) kepada arena pickleball profesional.

4. Alix Truong (AS) – Ranking Dunia Wanita #14: Terkenal dengan liputan gelanggang yang mantap dan pukulan backhand yang bertenaga.

5. Sahra Dennehy (Australia) – Ranking Dunia Wanita #21: Membawa tenaga berprestasi tinggi dan momentum jelajah antarabangsa ke persaingan ini.

6. Danni-Elle Townsend (Australia) – Ranking Dunia Wanita #23: Pemain Australia dengan pencapaian pelbagai gelaran yang memiliki permainan garis belakang (baseline) yang mantap.

 

Jom rasai debaran kejohanan pickleball bertaraf dunia, jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan pass anda di OhBulan dan Vocket.

Jumpa Anda di The Hood ataupun saksikan live di Tonton.