Pada hari ini Pickleball, sukan yang menggabungkan elemen tenis, badminton, dan pingpong telah menjadi satu sukan yang semakin popular di Malayisa.
Oleh kerana saiz gelanggangnya sedikit berbeza, ada segelintir pemain sukan baharu itu mengubahsuai gelanggang tenis atau badminton yang ada berhampiran mereka.

Hal ini membuatkan ramai peminat sukan tenis dan badminton meluahkan rasa kurang senang apabila melihat keadaan gelanggang mereka menjadi ‘buruk’.

Memetik hantaran Threads @kamsanimb, tindakan pemain pickleball yang menampa; pita pelekat pada lantai gelanggang tenis, badminton untuk membuat ‘garisan baharu’ telah membuatkan gelanggang tersebut kelihatan semak dan mengganggu.
“Kepada pemain pickleball, kalau nak main di gelanggang tenis itu, jangan tampal-tampal pita pelekat macam ini boleh tak?
“Semak and kacau gelanggang. Lebih baik pergi main di gelanggang pickelball yang sebenar.
“Dahlah gelanggang tenis tak banyak. Saya main kedua-dua jenis sukan dan saya menghormati kedua-dua sukan tersebut,” kata Threads @kamsanimb.
Ramai jadi ‘mangsa’ pemain Pickleball

Hantaran tersebut telah menarik pemain tenis dan badminton lain yang menghadapi masalah yang serupa.
Ramai mengakui terpaksa ‘hadap’ pelbagai kerenah apabila pemain sukan itu mula masuk ke dalam gelanggang mereka.
Antara masalah lain yang dihadapi seperti jaring berlubang terkena bola, serta pengguna gelanggang lain hampir tercedera apabila bola melantun masuk tempat mereka.
Lebih menyakitkan hati, apabila pemain pickleball mengambil alih gelanggang dan tidak membenarkan orang lain menggunakannya untuk bermain tenis lagi.

Di tempat gelanggang awam lain pula, pengguna berasa sangat buang masa apabila terpaksa menunggu pemain pickleball mengemas terlebih dahulu, sebelum mereka boleh menggunakan gelanggang tersebut.
Ramai bersependapat pemain sukan itu memilih untuk menggunakan gelanggang tenis atau badminton kerana tidak mahu mengeluarkan wang yang banyak atau mahu main secara percuma.
“Mereka main dekat gelanggang tenis, badminton sebab nak murah atau free tapi tak fikir pemain tenis. Saya rasa ia mementingkan diri sendiri. Bukan tak boleh, tapi main lah dekat tempat yang sepatutnya,” ujar pemain tenis, badminton.