Jannik Sinner muncul juara perseorangan lelaki di Wimbledon buat kali pertama selepas dia menewaskan juara bertahan dua kali Carlos Alcaraz, 4-6, 6-4, 6-4, 6-4.
Ketika dunia sedang membincangkan mengenai kejayaan Sinner, terdapat satu cerita unik mengenai harga tiket tempat duduk VIP bagi kejohanan itu.
Baca Juga:
- Pernah Kalahkan Rafael Nadal, Pemain Tenis Ini Rupanya Berdarah Melayu

- ‘Semak & Kacau Gelanggang’ – Peminat Tenis, Badminton Kecam Pemain Pickleball

- VIDEO: Aksi Diego Forlan Dalam Pertandingan Tenis Profesional Sulungnya

Harga Tiket Wimbledon Lebih Mahal Dari Lamborghini
Nama tempat duduk tersebut dipanggil sebagai center court debenture seat, tempat duduk paling eksklusif di salah satu kejohanan tahunan terbesar tenis itu.

Tempat duduk itu dijual dengan harga $275,300 atau sekitar RM1.2 Juta. Dengan harga ini, anda membayar lebih dari sekadar pemandangan.
Anda dijamin mendapat tempat duduk selama 5 tahun. Selain itu, anda akan mendapat akses ke ruang istirahat VIP serta menikmati makanan tahap restoran Michellin.
Selain itu, anda juga boleh beramah mesra dengan tetamu VIP yang termasuk kerabat diraja, bilionair, dan bintang Hollywood seperti Hugh Jackman dan Kim Kardashian.

Pada 2015, pemandu Formula 1 iaitu Lewis Hamilton tidak dibenarkan masuk hanya kerana beliau lambat dan tidak memakai tali leher.
Wimbledon menjadi salah satu kejohanan yang mempunyai prestij tersendiri dan menjadi pilihan untuk golongan maha kaya untuk bersosial.