Sukan pickleball kini menjadi satu aktiviti yang meraih minat pelbagai lapisan masyarakat.

Baru-baru ini EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi menyatakan ada perancangan untuk mewujudkan program akar umbi untuk perkenalkan sukan tersebut di sekolah sekitar Selangor.

Baca Juga:

“Bermula tahun hadapan akan laksanakan program secara berstruktur yang mana kita akan kenal pasti dan pendedahan kepada guru-guru kursus kejurulatihan kepada mereka, serta pada murid-murid supaya mereka didedahkan kepada sukan pickleball.

“Sebab kita lihat hari ini, walaupun pickleball sukan yang popular disambut baik masyarakat, tapi masih belum diberikan ruang pengiktirafan,” katanya kepada Media Selangor.

@mediaselangor

Permainan bola pikel bakal diperkenalkan di sekolah-sekolah Selangor mulai tahun depan bagi memberi pengiktirafan sewajarnya kepada sukan baharu itu serta menggilap bakat muda di negeri ini. EXCO Sukan, Mohd Najwan Halimi berkata pelaksanaan secara berstruktur itu akan menjadi sebahagian komitmen Kerajaan Negeri memperkukuh pembangunan sukan dan menggalakkan penyertaan belia dalam aktiviti sihat. MediaSelangor KlikSemasa Pickleball

♬ original sound – Media Selangor – Media Selangor

Beliau berharap sukan pickleball dapat memberikan mata merit penglibatan para pelajar seperti mana pertandingan sukan bola sepak, badminton dan lain-lain.

Najwan turut berkata kerajaan negeri juga akan berbincang dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk mengiktiraf sukan pickleball sebagai acara rasmi dalam Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).