Aaron Chia-Soh Wooi Yik menoktahkan perjuangan di Terbuka Singapura 2025 dengan penuh bergaya selepas muncul juara hasil kemenangan ke atas Kim Won Ho-Seo Seung Jae pada perlawanan akhir yang berlangsung di Singapore Indoor Stadium, Kallang sebentar tadi.
Beraksi menentang pasangan Korea Selatan yang cukup berpengalaman itu jelas bukan laluan mudah buat Aaron dan Wooi Yik untuk melakar kemenangan.
Baca Juga:
- Tampil Cemerlang, Aaron Chia-Soh Wooi Yik Juarai Kejohanan Badminton Asia 2025
- Kejuaraan Berganda Buat Malaysia, Aaron-Wooi Yik Turut Ungguli Terbuka Thailand 2025
- Soh Wooi Yik Dedah Sentuhan Kelas Dunia Herry Iman Di Sebalik Transformasi Permainan Bersama Aaron
Ia jelas dibuktikan apabila pasangan ranking ke-10 dunia itu dilihat lebih menyerlah pada set pertama terutamanya menerusi smash kencang dimiliki untuk menang 21-15.

Tersentak dengan kekalahan tersebut, Aaron-Wooi Yik memperkemaskan aksi pada set kedua untuk tampil lebih agresif dalam usaha memburu kemenangan.
Walaupun Won Ho-Seung Jae memberikan saingan hebat, anak buah Herry Iman Pierngadi itu menyerap tekanan dengan baik bagi memastikan set kedua menjadi milik mereka dengan kemenangan 21-18 bagi mengheret aksi ke set penentuan.

Skrip sama berlaku pada set ketiga dimana kedua-dua pasangan saling kejar-mengejar mata dalam aksi penuh mendebarkan.
Kemenangan akhirnya memihak Aaron-Wooi Yik dengan mata 21-19 untuk memastikan kejuaraan kedua dalam tempoh tiga minggu buat mereka.
Wang Besar Buat Aaron Chia-Soh Wooi Yik
Dengan kemenangan bermakna itu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik membawa pulang hadiah wang tunai bernilai $74,000 (RM $74,000 (RM314,997.80 ) manakala Kim Won Ho-Seo Seung Jae pula memenangi $35,000 (RM148,985.45).