Walaupun kita mematuhi undang-undang semasa di atas jalan raya, pasti ada pengguna lain yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan apabila berpeluang untuk melanggar peraturan

Baru-baru ini tular satu rakaman video dashcam seorang pemandu Proton Perdana menunjukkan lagak ‘samseng jalanan’ apabila gagal memotong barisan di jalan satu lorong sekitar kawasan Setia Taipan.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Oleh kerana rasa tidak berpuas hati, pemandu Proton Perdana itu mengejar dan memintas laluan semasa kenderaan pemilik dashcam memberhentikan kenderaan di kawasan perumahan untuk menghantar rakannya pulang.

Dalam rakaman video yang tular itu, pemandu Proton Perdana itu tidak memakai pelitup muka dan berjalan lagak samseng menghampiri kenderaan pemilik dashcam untuk cuba mencetuskan pergaduhan.

Bagaimanapun, lelaki itu melarikan diri meninggalkan tempat kejadian setelah mendapati pemilik dashcam mahu ke balai polis untuk menunjukkan bukti kesalahan pemandu Proton Perdana tersebut yang dirakam dengan kamera hadapan dan belakang keretanya.

Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia

Netizen mengutuk tindakan lagak samseng jalanan pemandu Proton Perdana itu dan hasil semakan saman jalan raya mendapati kenderaan tersebut mempunyai 38 saman yang bernilai RM8,150.

Orang ramai meminta agar pihak berkuasa dapat mengesan pemandu Proton Perdana tersebut dan memberikan hukuman yang tegas atas beberapa kesalahan yang dibuatnya serentak pada waktu yang sama.

Antara kesalahan yang dikesan dalam rakaman video tersebut — memotong barisan, cuba memotong guna lorong kiri, membuat provokasi, cuba mencetuskan pergaduhan, tidak memakai pelitup muka, nombor plat fancy dan tidak membayar saman bernilai ribuan ringgit.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Seorang lelaki mengamuk mendakwa pengawal keselamatan melengah-lengahkan untuk membuka ‘clamp’ pada kenderaannya. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Tindakan Lelaki Ini Mengamuk Kereta Kena ‘Clamp’ Undang Pertikaian Netizen

Tendang Gelandangan Sampai Terduduk, Tindakan Lelaki Ini Undang Perhatian Netizen

Sumber