Pada lewat petang semalam, tular satu rakaman video dashcam di mana seorang warga emas berusia 60-an telah membawa motosikal secara berlawanan arah sehingga mengakibatkan dirinya maut.

Menurut hantaran asal, kejadian tersebut berlaku di Butterworth Outer Ring Road (BORR), Pulau Pinang. Mangsa maut setelah berlanggar dengan sebuah SUV Proton X50.

Kejadian yang dirakam sekitar pukul 1.32 petang hari Sabtu lalu menunjukkan warga emas itu meluru dari arah bertentangan dan berlanggar pada kiri SUV tersebut. Sejurus pelanggaran berlaku, kedengaran jeritan orang dewasa yang terkejut dan suara tangisan anak kecil yang terkejut serta ketakutan.

Hantaran asal insiden kemalangan tersebut telah mencetuskan 1001 tanda tanya di kalangan netizen mengapa mangsa membawa motosikal secara berlawanan arah semasa kejadian.

Pada masa sama, netizen turut berasa simpati dengan pemilik Proton X50 terbabit kerana terpaksa menanggung kerugian untuk membaiki kenderaan, serta seluruh penumpang yang ada ketika waktu itu yang trauma dengan kemalangan mengejut itu.

Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia

Tambah orang ramai lagi, betapa pentingnya penggunaan dashcam pada setiap kenderaan kerana ia dapat menjadi bukti yang boleh ditunjukkan kepada pihak berkuasa andaikata berlakunya sebarang kemalangan.

Diharapkan agar semua pihak yang terlibat dalam kemalangan tersebut segera pulih seperti sedia kala dan diminta agar pengguna jalan raya lain sentiasa berhati-hati semasa memandu kenderaan atau menunggang motosikal.

Lihat sebuah Myvi dirakam ‘membuli’ pengguna jalan raya lain dengan enggan memberikan laluan kepada kereta yang mahu memotongnya.

Netizen Geram Dengan Tindakan Pemandu Myvi Halang Kereta Lain Potong Keretanya

Seperti ‘Jarvis’ Dalam Filem Iron Man, Dashcam Canggih Ini Curi Tumpuan Netizen

Sumber