Abby Abadi bersuara tentang isu poligami menerusi ruangan Threads miliknya.
Dia ada mendengar pihak yang menyatakan bahawa poligami adalah bukan tentang wang tetapi kasih sayang.
Dalam isu poligami, Abby Abadi menganggap ramai yang sewenang wenang menulis bahawa poligami bukan tentang kewangan.
Abby Abadi berkata: “Terbaca satu Thread ni tentang poligami. [berbunyi]: ‘Poligami bukan tentang kewangan, tapi tentang kasih sayang’.

“Haaaaa? Salah besar tu. Sesiapa yang tulis tu baik tarik balik. Menempah [bencana] tu kalau kau teruskan.”
Abby Abadi menafikan dia menentang poligami. Namun dia tidak menyokong mereka yang tidak cukup ilmu tetapi berpoligami.
Dia menganggap isu poligami ini bukan perkara yang harus dipandang ringan.
“Saya tidak menentang poligami, tetapi jika tidak mempunyai ilmu yang cukup, janganlah terlalu seronok kerana perkahwinan itu bukanlah seperti bermain masak-masak.

“Dilahirkan di dunia ini sebagai hamba Allah pun sudah merupakan tanggungjawab yang besar, apatah lagi untuk menjadi seorang suami yang beristeri lebih daripada satu.
“Tak payah sembanglah, jika seorang isteri pun makan minum, pakaian, dan tempat tinggalnya tidak tertanggung dengan sempurna, apalagi jika mempunyai ramai isteri.”
“Daripada banyaknya sunnah, mengapa poligami yang menjadi pilihan?
“Saya rasa itu hanya kerana nafsu semata-mata. Jika alasannya ingin merebut tanggungjawab seperti zaman Nabi dahulu, rasanya tidak terlihat pun ke arah itu.”
Abby beri pandangan isu poligami dan isu berkaitan tanggungan
Seterusnya Abby Abadi mempersoalkan ada sesetengah orang, nak menanggung diri sendiri pun sukar apatah lagi nak menanggung 2 orang isteri.
Abby menambah: “Hendak menanggung diri sendiri pun terasa susah, apalagi hendak menanggung anak orang lain, bukan?”
Seterusnya Abby Abadi juga menyatakan bahawa sekarang ini ramai isteri yang monogami menanggung diri sendiri.
Apatah lagi yang berpoligami, mereka akan lebih terdesak untuk mencari rezeki menanggung keperluan sendiri.
“Sekarang pun ramai sahaja isteri monogami yang menanggung diri sendiri.
“Apatah lagi yang berpoligami, sudah tentu mereka juga yang mencari rezeki dan menanggung keperluan sendiri.
“Itulah yang membuatkan saya hairan, mengapa masih ingin diduakan.”
“Mengapa seseorang memilih untuk diduakan, padahal ada pilihan untuk mendapatkan suami yang sepenuhnya menjadi milik kita?
“Mari kita bincangkan hal ini. Perlu diingat, saya tidak ingin mengaitkannya dengan individu tertentu, saya hanya ingin mengetahui pandangan umum mengenai kenapa, mengapa.
“Siapa yang melebih lebih, macam hebat sangat, saya akan sekat [block].
“Bye, mari kita menunaikan solat Subuh terlebih dahulu.”