Pelakon dan bekas penyanyi, Abby Abadi sekali lagi ditipu oleh scammer di atas talian.
Sebelum ini Abby Abadi sudah beberapa kali kena scam. Kali terakhir dia rugi RM14,500 kerana scam di Telegram. Kali ini dia terkena pula dengan penipu yang di platform TikTok.
Abby Abadi Kena Scam Lagi, Kali Ini Lesap RM14,500: “Duit Aku Dapat Ke Geng Scammer Vavii Ni”
Abby Abadi terpedaya dengan modus operandi scammer yang dipercayai berpangkalan di luar negara itu namun memiliki akaun e-dompet di Malaysia.
Dia berkongsi perkara itu dengan berkata: “Scammer dari luar negara, tapi guna e-wallet Malaysia. Cara dia balas mesej macam orang Malaysia.
“Lepas buat pembayaran, tiba-tiba akaun (dibeli) log out selepas saya daftar masuk.”
Abby Abadi tidak mendedahkan kerugian ditanggungnya kali ini. Namun dia kesal dengan kesilapan dirinya yang terlalu mudah percaya dengan orang lain serta mudah terpengaruh.
Dia berharap para peminatnya tidak tertipu macam dia.
Abby menulis: “Kena SCAMMMMMM laggi. Gigih saya pagi-pagi buta buat live. Tiba-tiba nampak iklan orang nak jual akaun TikTok, terus nak beli tanpa rasa was-was. Eee, tak sabarr! Inilah bahananya.
“Itulah, senang sangat terpengaruhh la.. Nak cepat sangat followers ramai dekat TikTok, konon nak beli acc yang dah ramai pengikut, rupanya, tidak semudah itu ya. Kena scam rupanyaaaa!! 🤧
“Kita pun bukan senang nak percaya. Bersoal jawab juga. Minta tukar dulu email password semua. Dah tukar barulah kita buat payment.. Lepas buat payment!! Tiba-tiba log out balik acc tu! Nampak macam dia haram J dah kat situ.
“Suami yang tolong bayarkan dari e-wallet sekarang dah buat report. Tunggu apa e wallet boleh buat. Dengarnya penipu ni di luar Malaysia tapi dia bagi e-wallet Malaysia. Hurmm, kalau dah otak penipuuu kan? Kitalah bodo arrghhhhh!
“Korang jangan tertipu tau!! tengok details dia tu. Jangan transfer duit kat nama tu ok, bye.”