Selebriti, Abby Abadi meluahkan di Instagramnya bahawa dia sudah kena scam. Abby mengakui sikap tidak pernah merasa cukup menjadi punca dia hilang RM14,500 begitu sahaja ke tangan scammer.

Abby Abadi yang pernah popular dengan watak Inspektor Aleza, mendedahkan perbualan beliau dengan scammer. Dan Abby dalam perbualan itu mengakui dia sebelum ini baru sahaja kena scam dan trauma itu masih hilang. Dia tak menyangka dia akan terkena lagi.

Baca Juga:

Dia memberitahu scammer itu, jika dia terkena scam lagi, dia dan anaknya pasti akan menangis.

Dalam perkongsiannya, Abby Abadi berkata: “Saya kena SCAM!!! Dah berjaga-jaga pun kena juga.”

Mula-mula perasan nama dimasukkan dalam group telegram “Trade Free Income”. Saya pantau je apa yang berlaku dalam group tu.”

“Mula-mula rasa was-was. Tapi lama kelamaan jadi teruja sebab konon semua yang melabur dapat pulangan berganda-ganda dalam masa 3 jam saja.. pandai betul dorg main peranan.”

“Inilah bahana apabila tak pernah merasa cukupp! Tapi manusia kan. Walaupun nampak macam: ‘Ehhh takkanlah semudah itu dapat pulangannya, tetapi macam terpanggil panggil pulak untuk melabur. Fikir punya fikir, terjebak akhirnya.”

“RM4k mulanya ye bukannya sikit. Dijanjikan pulangan sebanyk RM145k dalam masa 3 jam. Siapa taknak kan? Sebab dalam groupp mcm siapa yang joinnnn semua dapat. Rasa mcm pelik tapi kalah juga dengan permainan mereka.”

“Dipendekkan cerita lepas letak RM4k tu, mereka kata tak payah buat apa dah, tapi rupanya kena bayar lagi RM14.5k.. Saya tahan seminggu untuk letak lagi RM14.5k untuk kos seterusnya sebab rasa sangat dah macam nak kena scamm.”

“Tapi itulahh, duit punya pasal, diorang punya sembang kat dalam tu pun bukan main lagi. Tertipu lagi akhirnya. Transfer lagi RM14.5k utk proses pencairan masuk ke akaun kita katanya. Dah bayar 15 minit selesai janji mereka”

“Memang #+*#%.”

“Nak jadi hal 15 minit kemudian , yang dari mula melayan kita, lepas tu ada geng dia yang lain utk masukkan wang yang kononnya dah dapat ke akaun saya.”

“Tapi! sebelum tu disuruh bayar dulu RM29,770 utk urusan bank. Haaa masa ni menyirapp dahhh. Baran dah datang! Kepala hotak diorang berjambull! Memang rasa sangat dahh leburrr la duit aku dapat ke geng scammer vaviiiii ni. Aarrghhh!!”

“Barulahhh tengahari tadi ke balai polis buat laporann. Aduhhh! melampau sangat scammer berleluasa skrg. Hati hati ye semua. Doakan saya dapatlah balik duit saya tu. Penat kerjaaa. Kecuaian sendiri, harap tak lebur macam tu aja.”

“Kepada sesiapa yang kerja CIMB, Hong Leong Bank, saya perlukan bantuan anda. Muncul disini please!”

Peminat Abby Abadi simpati dengan beliau dan menasihati agar dia tidak lagi sewenang wenag menyertai kumpulan Telegram yang menjadi sarang scammer.